Thursday, April 11, 2013

Ditelan mati mak, diluah mati bapak

APTB!!

Dah di announced PR 2013 adalah pada 5/5/13. Ya Allah..saat mendengar tu, jd blank kejap. Sebab sepatutnya 4-15 Mei adalah tarikh kami pegi buat Umrah  dan ke Dubai. Diorg cakap, Emirates dah confirm dah hotel kat mekah madinah pun company cakap dah booked. Sangat berbelah bagi. Antara tanggungjawab dan amanah.. Rasa nak meraung sekuat hati... Buah hati pulak takde kat sisi.. semalam ke China ngn kawan2 seminggu utk urusan bisness nya. Gundah gulana.. takpe la. tunggu mak ayah sampai ptg ni discuss mcmne. Harap Shaklee management boleh appeal balik lah..tundah 2 hari pun ok dah. T_T

Semoga Allah permudahkan semuanya.

Sunday, March 10, 2013

Reward time

Alhamdulillah.. Tadi ke Sen Q kat Queen's bay usha2 barang ckit. Saja boring2 jalan-jalan. Sebab point credit card rasa cam byk tak tau nak beli apa. Jadinya sempat la ambik 4 barang.. Tu pun sebab dah tak tau nak pilih apa.. izz mngamuk nak tido..

Tadi grab 2nd fon untuk ummi (sony Xperia), vacum baru sbb hubby ckp vacum lama tu mcm susah nak bersihkan habuknya, DVD player yg mmg takde pun kat umah tp nya xtau la guna ke tak =_= dan ceiling fan baru nak gantikan yg lama berkurun kt ruang tamu ni. Jadila.. total semua dlm RM1k ++ tp ok lah since tak guna cash pun.. pay by point je. Syok jgk ek. slalunya pay with point kat Baskin Robbins je beli eskem n kek. ni tambah koleksi umah plk. hikhik


Ruginya lah, dah setahun berbisness Shaklee ni baru buat credit card. Dulu asyik pay by cash je. Bulan 9 tahun lepas baru apply, so dlm 6 bulan lah baru guna cc Maybank ni. Sbbnya dl rasa sgt xsuka yg bernama credit2 ni..hihi.. Nanti boleh la tambah koleksi lagi ape2 yang patut..kumpul byk2 lagi point credit card. yeay!!

Friday, March 8, 2013

Braces

Sejak tumbuh gigi kekal yg mmg ternganga kt bhgn depan aku pasang hajat nk pakai braces. Tapi mesti mak n ayah cakap MAHAL.. pastu kalo yg free punya lama tunggu.. ku tunggu dan ku tunggu..mmg tak dapat jua..hehe

Masalah makin kronik bila gigi geraham atas tepi dicabut 1. Gigi depan makin menjarak. wah wah..makin comel rasanya diri ini bila senyum. ^_^ Aku nekad, ada duit satu hari nanti nak jugak pakai braces. Dan akhirnya.. selasa lepas, pakai la jugak.. buat kat klinik ni.. http://www.prestigeortho.com.my/
boleh tahan 6.5K. Erkk..takpe lah bukan selalu pun kn.

Sebelum pakai, misi kt situ ada terangkan langkah penjagaan dan apa pantang larangnya. Pastu misi ckp lagi, lepas 6 jam pakai akan rasa sakit berlanjutan hingga 5-7hari. dan ulser dlm mulut akan berlanjutan hingga 2 minggu.

Lepas pakai, wah wah..memang takley blah. Tak sakit tp sgt2 rimas. mlm tu ingat dah start sakit..tapi alhamdulillah tak sampai ke hari ni pun tak sakit cuma masalahnya aku sgt tak brani nk menggigit. tido meleleh2 air liur. [hehe] rasa bersepah penuh mulut besi2 yg tajam menyucuk ni. MENYESAL? hurm..ada jgk la sikit2, tapi dah pakai kn, takpe laaa..harung je la. Ulser ada kt part hujung geraham. mungkin hujung dawai besi ni menyucuk kt situ. nk pakai wax plk sgt la tak reti sbb rasa sgt sempit part tu..hahaha..macam2 la ko ni izzati =_=

Apa pun tak boleh, nasib baik ada ESP+cinch shake. So..part makan takde la rasa kebulur. cuma kalo tghari tu..aku masak yg lembik2..smlm tofu telur+terung cincang. Pastu mkn tembikai..boleh la..janji kenyang. Mushroom sup segera pun dah standby berkotak2. Boleh la...janji tak lapar tegolek2..hihi


Thursday, February 21, 2013

Happy birthday izz


Hari ke-2 di alam dunia, 22 Feb 2011.. nama diberi Harun Izzuddin

Hari ni genap 2 tahun umur Izz. Alhamdulillah... seronok dan gembira sebab dapat melihat sendiri perkembangan Izz dari hari ke hari.



Akhirnya sampai jua perjalanan bf izz ke garisan penamat. Dah nak start weaning off dah la.Slowly...takley drastik sgt nanti kesian plk izz..huhu..

 
Last EBM stok for today, habiskan mana yang ada. Now, the only fresh left..
Esok nak intro Izz fm. Nak beli susu Ilham tp payah pulak nak dapatkan stok kat sini.. last2 ambik Mamil langkah 3. Harap dia boleh terima. Sikit2 dulu nanti dah lama2 ok la tu kan..Sedikit perjalanan bf ummi dan izz untuk kenang-kenangan di masa hadapan...


Dalam cable car Langkawi 2013

Dalam conference room Motivation rally Penang 2012


Ummi dan abah sayang kamu Izz.. Jadi anak yang soleh ye sayang..


With love,
Ummi

Tuesday, February 19, 2013

Dah jadi buku rupenye!!

Alhamdulillah.. hari tu (erm.. 2 3 taun lepas kot lepas dah abes master) ada edit thesis master utk publish as book. Dah2 hantar lupa nak update pulak.hahaha.. hari ni baru perasan dah ada buku rupanya.. Dah lama pun published nye.  
Publisher: LAP LAMBERT Academic Publishing (October 24, 2011). alahai teruk btol rasa =_=

Tempek gambar la sekeping sebagai kenang-kenangan..kikiki.. boleh masuk SKT kot kan??


Nak dapatkannya? Boleh beli dekat amazon.
Link buku..

Jadila..buat pengubat hati di kala gundah gulana ^_^

Tuesday, January 29, 2013

Langkawi 2013

Minggu lepas.. percutian yg singkat namun sgt enjoy!
19-21 Jan kami  telah ke Langkawi. 19hb pagi bertolak ke jeti kuala perlis. pastu naik feri sejam..sampai la sana. Kami stay kat de baron resort. kt pekan kuah. boleh la..utk rehatkn badan. tp lain kali dtg xmo dh sbb service sgt2 xbest.

 
excited nek feri..kikiki :)

Sabtu mlm tu tak gi mana pun.. sampai ptg tu ambik keta then blk rehat kt bilik.

 
toyoya altis yg enjin cam motobot :p

Malam tu kami kluar mkn, gi bli coklat kt langkawi parade n jln2 pantai chenang je.

Ahad baru kami beraktiviti. pagi pas bfast, bertolak ke pantai chenang utk Island Hopping. Sgt2 best!! 1 speadbot tu dlm 8org.. kami di bawa ke pulau2. Pulau 1st tu Pulau Dayang Bunting. mmg nampakla bukit2 membentuk seorg perempuan terbaring yg sedang mengandung :) Kat pulau tu kami diberi masa sejam.. utk rentas bukit ke Tasik Dayang Bunting..


Di Tasik Dayang Bunting

Pastu ke 2nd pulau..pulau beras basah. kat situ pun duk sejam jgk. subhanallah..pasirnya sgt halus dn sgt2 cantik!!



Kemudian pegi tgk eagle. nama pun lankawi kan. tak sah la kalo x gi feeding eagle kt tgh2 laut tu.. pulau helang kn.. hihi..penat sgt but enjoy island hopping tgh2 panas tghari tu...

Izz dah keletihan tawaf pulau2..last2 tertido

Makan tghari kt kedai depan underwaterworld. hubby ambik ketam masak lemak n aku keli bakar ngn ayam goreng tuk izz.. kene rm28. wow blh tahan ketammu itew. nasib baik sedap. kalo x aku gugurkn trus dr senarai. pastu trus masuk underwaterworld.  ala2 akuaria kt klcc tu la.tiket dewasa rm23 sorg. izz percuma je. solat jamak zuhur asar dlm tu.


Lebih kurang kul 4 kami keluar then trus ke cable cab. tiket dewasa sorg rm15. fuhhh gigil jgk la rasa sayup2 je duk atas tu..haha.

 


Then on da way balik..singgah mkn..pastu gi haji ismail group jap. beli kain batik n beg utk sumbat coklat. pastu gi langkawi parade lg skali borong coklat. izz dh kepenatan seharian jln so sendirian je turun borong coklat. tak byk..dlm rm300 je. tu pun utk kwn2 :) malam tu dh kepenatan..sampai blk dh kul 9. mandi, solat n tido. Esoknya hari last..dab nk balik pun. kalo ikutkn hati byk lg tempat nk gi..huhuhu.. past breakfast kami ke tmpt yg wajib gi.. dataran helang. sj ambik gmbr wat kenang-kenangan. pastu jln ke mall berdekatan shopping barang2 ckit.. blk bilik. packing n bertolak blk. sampai penang 6.30 petang. Besttttt!!! nak gi lg, insyaallah. nanyi naik feri trus dr penang je la lg sng. nek flight ok..tiket mmg murah tp taxnye over. 3org gi blk dah 7++. baik simpan wat shopping kn..hikhik





Begitu lah kisahnya.. percutian singkat yg amat best. De baron je tak best!


Wednesday, January 16, 2013

Rak bilik stor

Yeay!! siap jgk akhirnya rak utk bilik stor umah. Barang bersepah2 banyak.. Balik umah ayah tengok dlm stor blkg lawa je besi2 ni bersusun. Pastu terus rasa nak buat jgk kt umah. So blk ptg isnin singgah kedai hardware. Order batang besi dan papan lapis. Petang semalam balik dari seminar trus memecut sbb diorg nak datang hantar.. Pastu bertukang la kami sampai kul 12 malam..

Tada.... Hasilnya ^_^



Kurang sikit sakit matanya..hikhik

Monday, January 14, 2013

Happy news

Tadi dapat email dari lawyer..
Alhamdulillah... pastu dia call. "Izzati, U are almost there!" hehe...
Maybe dlm minggu ni settle tukar nama semua. So..untuk bulan2 seterusnya dah tak payah bayar sewa umah lagi dah. Syukur alhamdulillah.

Pastu bangun pagi tadi dgn mood HAPPY jgk sbb hari ni BONUS DAY. Alhamdulillah, bulan ni bulan ke tiga merasa bonus 5 angka. Adalah paling HAPPY saat transfer duit kat mak ayah. Dah boleh bagi BONUS 4 angka kat mak ayah. Apa lagi yg saya mahukan melainkan membahagiakan insan2 tersayang. Dengar suara mereka gembira, subhanallah..sakit kepala boleh hilang. weeee saya amat GUMBIRAAAA...

Sunday, January 13, 2013

Weekend jamu anak tekak

Lepas solat subuh, sambil lepak2 lipat kain ngn hubby, tny nk mkn apa pagi ni?
Then suggest jom mkn roti tisu!
"Roti tisu?? ermmm boleh laa...cmne tu?"
Oh rupanya hubby ku belum pernah kenal apa itu roti tisu. Dah tny kwn, katanya kat Kayu nasi kandar ada...belakang Vistana hotel. So..lepas kemas umah, kami keluar ke sana sambil COD 2 tin ESP..

Jom layan roti menara ni.. Rasanya? S.E.D.A.P!!
Tinggiiiiii.. tgk tu, 3 pinggan daun pisang yg panjang tu pun masih ada lagi yg terjulur keluar ^_^

Thursday, January 10, 2013

Ada sinar

Alhamdulillah, tadi ada seminar.
Pastu ada group meeting yg ringkas jap tadi.
Then Sv inform yg Abbas dan Zainor akan tolong tengokkan method yg stuck tu.
Abbas dapat continue PostDoc setahun kat sini so by now dia la jadi group leader..
Alhamdulillah..syukur sgt2, di saat kebuntuan Allah hadirkan Abbas untuk bantu kami.
So next meeting dijadualkan next week, harap ada perkembangan positif + + + +

Sv nak gi umrah 2 weeks starting 21 Jan. Hurm.. teringan jugak nak gi..huhuhuhu.. tunggu umrah free yg shaklee sponser je lah, insyaAllah.. kene tunggu cukup point utk hubby skali, kesian plk nk tinggal dia sorg2, pegi ngn kwn2 jek. =_=

Bila-bila dan di mana, letakkanlah sepenuh kebergantungan hanya pada Allah...

Pecahkan tembok

Lunch smlm.. seperti biasa gi makan ngn kak Jiha kat cafe Fajar harapan. On da way tu lalu bilik Prof Jam kebetulan dia ada kt luar. Dan dan tu jgk Prof tny nak gi makan ye, pegi dl jap lagi I join. Alaaaaaa...hihihihi.. rosak plan gosip. Prof memang suka je tau. 2 hari lepas pun dah bertembung tempat makan jgk. ^_~

Seperti biasa, ambik makanan n duduk sembang2 jap Prof datang. Prof Jam ni sgt kebapaan, 1st thing mesti tny, "cmne skrg? boley laaaaa...kan?" gulp!!! mulala sembang2 ilmiah kami. Itu ini dan macam2 lagi. Pasal study, pasal life, pasal bilik siswazah, pasal surau, pasal meeting. phewww [lap peluh pedas sambal belacan]

Prof pesan, "pecahkan je tembok tu..tak yah pikir panjang2 dalam2. Kalo tak ley pecah, cari jalan pusing kot lain utk sampai tempat yg di tuju" Pesanan seorg Ayah dengan penuh pengharapan. Tapi termalu sgt2, nak bangun je Prof ambik pinggan kitorg, puas tarik Prof tak bagi. huwaaaa...rasa nak nanges apa punye student, Prof lak yg tolong masukkan pinggan dlm besen. Sungguh tak best! Disebabkan tu..kami tapau kuih kat Prof. hikhik :)

P/s: Prof, kami nk water filter baru kt bilik siswazah ni... malas nak angkut air naik atas. buleh??

Tuesday, January 8, 2013

Kurang lemak.. kurang garam.. kurang kalori..




Jalan2 cari makan weekend yg lepas.. Tak kemana pun. Just pegi JUSCO Banda Perda je just utk MAKAN. haha. mcm la kat pulau takde mende alah ni kan..gatai nk jgk pi sebrang... cuci mata cuci yg sungguh sbb tak beli pape pun..then singgah branch Shaklee ambik brg org pesan. Lepas solat, trus balik umah. ^_^








Test.. Guna vacum sedut habuk. ngeeee

Fuhhhh..rasanya hampir 1 tahun 2 bulan tak update blog ni. Lama sungguh!
Bukan sibuk pun, cuma ada blog lain tu yg terpinggir plk Cahaya Kemuliaanku ni.

Alhamdulillah, hari2 mendung semakin cerah. Ada sinar menanti di sana.

Mesti ada yg tertanya-tanya apa crita sy skrg kan? hahaha budget femes.
Quick update about status skrg:
1. Masih lagi seorg student USM
2. Anak masih lg sorg..hehehe..
3. Tengah buat side income bersama Shaklee
4. Masih tinggal di Mutiara Perdana Bayan Lepas, dlm proses nak tukar nama rumah yg sedang kami huni
5. Semakin gemuk sbb makan byk, muahahaha
6. Happy with our new life at Penang (^_~)

Ok lah, azam tahun baru 2013 ni nak hidupkan balik Cahaya Kemuliaanku ni.. tp tak tau la kot hangat2 kuih bahulu je..hehe

Related Posts with Thumbnails