Thursday, November 17, 2011

APAM MEKAR PENANG




Apam mekar... dibuka untuk tempahan.
[tempahan 2 hari awal diperlukan]
Sekitar Penang shj.
RM12/30 biji.

Untuk tempahan:
Pm saya|016-6698482|nurizzatijawias@gmail.com

COD: extra charge RM8 for delivery
Kalau nak ambil sendiri [self pickup], boleh ambil di Komplex Tabung Haji Bayan Lepas

Tempahan boleh dibuat mengikut warna kegamaran [maximum 2 warna campuran]
Sesuai untuk dimakan bila-bila masa/sebarang majlis keraian ^_^

MAKARONI BAKAR PENANG


Makaroni Bakar... dibuka untuk tempahan.[tempahan 3 hari awal diperlukan]
Sekitar Penang shj.
RM65/biji.
RM50/biji saiz kecil.


Untuk tempahan:
Pm saya|016-6698482|nurizzatijawias@gmail.com

COD: extra charge RM8 for delivery
Kalau nak ambil sendiri [self pickup], boleh ambil di Komplex Tabung Haji Bayan Lepas

Dibuat dgn bahan terpilih antaranya:
- Daging tempatan yg direbus dan dihiris halus [tak main daging cincang yg frozen sedia ada kat market tu yer...]
- Cheese parmesan parut
- Lada benggala yg fresh tu...
boleh add on filamen ketam/fishball/chikenball mengikut permintaan dan citarasa anda

:: Setelah dipotong ::

:: Sebelum dibakar ::

Wednesday, October 5, 2011

Panduan Suami baik...

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
  • Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
Credit to Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Saturday, October 1, 2011

Open house kt Penang





Open house Raya puasa tahun 2011. 
Terima kasih buat kwn2 yg sudi hadir.
Love U all, muah muah!

Izz ngn aunty Kinah
 



Puding daripada resepi Kak Niza




 Our cutie pie





Makaroni bakar..bubur jagung..





Nasi dagang versi kelantan n terengganu





Spagetti ala suka hati





Menunggu ketibaan tetamu



Yummy mommy!!!

Friday, September 30, 2011

Nasi dagang perantau

Perantau la sgt..
hahaha

sbnrnye ns dagang ni ditujukan utk para perantau..
Khas buat:
kak fadhilah jauh di Perth,
serta kak niza yg jauh nun di Sterling.
Selamat mencuba...

Open house baru ni 1st time try buat ns dagang.
Nasi buat versi klantan n gulai ikan aya buat versi tgnu. fair okeh!
Aku sendiri pon kagum sbb tibe2 je jd cantik punye gulai dan yg penting, hubby kata lg best dr yg kat tgnu...huahua... [puji ckit, kalo x da takmo buat dah ;D ]

Inilah hasilnya nasi dagang versi kelantan.
[frust sbb over cooked, jd lembik ckit ns ni...huk]
Ampunkan patik... 1st trial haruslah dimaafkan ;p

Ni pulak gulai ikan aya yg berjaya mengkagumkan diri sendiri.


Aiseh, tetibe teringin nk mkn ns dagang blk lah...huhu...
Kene wat ni, rempah tumis da ada, balance wat hr tu, ku simpan dlm fridge.
Sonang keje bile terasa nak mkn lg.

Utk resepinya, sy tepekkan di sini utk keguanaan semua.
Sila sila sila...

Nasi dagang:
Beras biasa:beras pulut = 4:1
[utk beras biasa,
ku campurkan 1bhgian beras merah yg mmg sedia ada kt dapur tu...
beras utk izz, sbb beras merah ni byk khasiat n mineral]
Rendam beras semalaman.
Esoknye pagi2, toskan dan kukus.
Bila dah agak kembang, gauldgn santan cair2 je (atau air masak je pon boleh) + garam
Kukus balik.
Try, kalo dah masak, angkat dan gaul dgn santan pekat + garam ckit.
Masukkan jgk hirisan bwg merah, halia dan halba.
Kalau nak kukus lg sekejap pn boleh, kalau nak makan terus pn dah boleh...

Kuah ikan aya:
Rebus ketulan ikan aya dgn asam keping, garam dan sedikit gula.
Lagi lama rebus, lagi mesra.
+lagiii la sedap...hehe
Masak santan ~ mendidih / pecah minyak pn ok.
dlm kuali/ periuk lain - Tumis bhn blend*.
*Bahan blend [bwg merah, bwg putih, halia, lengkuas, kunyit ckit, jintan manis, biji ketumbar]
Dah harum naik bau, masukkan cili kering blend.
Masukkan serbuk kari ikan alagapas yg dah dibancuh dgn air asam jawa.
Goreng/tumis sampai nampak garing ckit.
Bila santan dah pecah minyak/ mendidih lama, masukkan bahan tumis, kerisik dan belacan ckit.
+garam ckit [takut masin, ikan dah masin] serta gula ckit.
bila mendidih, masukkan ikan bersama2 asam keping nya skali.
Sesuaikan rasa dan biar merenih dgn api yg slow.
Dah agak2 sedap, masukkan cili ijau serta cili kecik utk hiasan.
SIAP!

Selamat mencuba
dan
selamat menjamu selera
dan
selamat menjamu mata...
^_^

Set nasi dagang berserta acar timun.

Tuesday, August 2, 2011

Bisnes

Dulu-dulu punye citer,
time jd kanak2 rebina,
kalo org tny nak jd apa bila besar nanti.
Saya mesti jawab nak jd doktor...tak pun bisneswoman...
woho0o...cita2..menggunung!
tp study malas.
pakai main serap ilmu dr buku melalui tido.
biar x baca, janji buku jd teman tido.
Tp skrg? hurm....insyaAllah...harap dpt la jd "Doktor" jgk nanti, amin...

Terfikir nak wat bisnes utk topup famili income.
serius! monthly salary+elaun cuti blaja tak cukup..
tgh bln kering kontang bak padang pasir gurun shara.
korek lubang sana sini.
mujur de lubang yg blh dikorek.
huhuhu...xmo sedih2!
alhamdulillah...mmg sy bersyukur dgn kehidupan skrg.

Bisnes ape ye?
hurm...
yg sy nampak bisnes makanan sbb kat cni makanan mmg 'kureng' rasanye.
nini suh sy jual ns kerabu.
hurm...leceh la plk rsnye ns kerabu...
byk perkakas d perlukan.
kelapa...tumis...kerabu ulam2 tu...
nasi biasa2 je la ok dah.
tp xmo la ns lemak.
dgr je pon dah muak.
kt cni mmg 'pakar' ns lemak [biar pn xbest]
kek? best jgk tu.
blh asah minat dn +side income.
bisnes online? hurm..nak jual ape?
skrg ni jual ape sj pon laku.
janji rajin.
rajinkah Nur Izzati???
tp...Izz mcmne?
study pon lintang pukang lg.haha...
ade hati.

ish, tp org lain ok je? knape saya tak blh?hurm....
xper...niat suci murni tu yg penting..kehkeh.
Doa tanda usaha, tak mendatangkan apa2 hasil *wink2!*
kwn2, ada cdgn tak?

Sunday, July 31, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Assalamualaikum semua...

Penat sungguh menyiapkan entri kali ini disebabkan banyak komitmen yang perlu diselesaikan sebelum bermulanya Ramadhan. Bak sehari selembar benang, alhamdulillah, akhirnya menjadi kain. Memandangkan hari ni dah 31 Julai, maka perlulah rajin menyiapkan entri ni. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua walaupun hanya sedikit.


Kategori: Bersalin bayi pra matang

Tarikh Lahir Anak: 21 Februari 2011


Ø Bersalin bayi pra matang

Menginjak ke 8 bulan usia kandungan, segala kelengkapan bayi dan ummi baru saja dilengkapkan. Maklumlah, menunggu saat kedatangan orang baru adalah detik yang terindah. Yang abangnya dulu, kami tak sempat sediakan apa-apa. Syukurlah, kalau tak pasti teringat-ingat. Abangnya dulu pun pra matang juga lahirnya...24 minggu. Dan Allah lebih menyayanginya...kami Redho.


Sejak dari awal mangandung lagi, saya dah berazam untuk memberi susu badan sepenuhnya untuk zuriat kami ini. Maka kajian dan persediaan perlu dibuat seawal mungkin. Ada saja kelapangan masa, saya akan memanfaatkan dengan mencari artikel berkaitan penyusuan dan persediaan yang diperlukan. Daripada pembacaan, saya tahu dan faham, saya perlu kuat dan tabah untuk menempuh segala apa yang bakal terjadi.


Saya telah ditakdirkan untuk bersalin awal 5 minggu daripada tarikh yang dijangka. Untuk perjalanan sepanjang detik-detik cemas, bolehlah singgah di sini. Saya dijangka bersalin pada 23 Mac 2011. Namun, di pagi Isnin itu, 21 Februari 2011 lahirlah putera kami yang diberi nama Harun Izzuddin secara kelahiran normal. Alhamdulillah... Allah permudahkan segala urusan kami. Ketika itu, kandungan berusia 35+ minggu. Maka, istilah yang diberi untuk bayi kecil ini adalah pra matang walaupun tidak perlu menghuni inkubator. “Anak sihat dah cerdas, denyut nadi juga normal, awak bernasib baik”, beritahu Dr sebaik saja pemeriksaan ke atas bayi dilakukan. Alhamdulillah...


Selepas ditolak masuk ke bilik tidur, jururawat membawa bayi kepada saya. Maka bermulalah episod baru, pengembaraan seorang ummi ;) Perkara pertama adalah menciumnya dan terus merapatkan ke dada. Ya Allah, hamba Mu ini kagum dengan Mu. Bayi yang baru lahir ini, tanpa diajar, pandai sungguh menghisap. Di saat itu, sekali lagi air mata ini menitis, tatkala merasai nikmatnya memberi susu badan untuk zuriat sendiri. Susu memang agak sedikit saja keluar, namun saya yakin, insyaallah pasti akan banyak.


Ø Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)

Kami bertiga (saya, suami dan anak) hanya bermalam semalaman di hospital, walaupun pakej yang diberi adalah 3 hari 2 malam. Keesokannya, mak dan ayah saya sampai dari Kelantan. Maka kami pulang ke rumah. Hari ke-3, jururawat klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan. Izz didapati ada jaundis paras dada. Petang tu kene gi ambik darah dan bacaannya 132 umol/L. Masih rendah namun perlu ambil bacaan Bilirubin hari ke-5.


Tali pusat tanggal hari ke-5. Orang kata, bila tali pusat dah tanggal, bacaan jaundis akan berkurangan. Tidak! Ianya baru bermula. Untuk risiko jaundis pada darah ibu dan bayi – tidak ada kerana kami berdua berdarah A. Namun, saya akur, Izz berisiko tinggi untuk jaundis sebab PRA MATANG. Dan penawarnya adalah susu ibu. Namun susu ini tidak juga banyak dan tidak juga membengkak seperti sesetangah orang walaupun telah berurut untuk merangsangnya.


Hari ke-5, kami bertolak balik ke Kelantan untuk berpantang di sana. Perjalanan Penang-Kelantan sungguh memenatkan dan menyakitkan. Dalam keadaan yang masih lemah dan luka yang belum sembuh, saya gagahkan jua untuk menyusukan anak sepanjang perjalanan. Bacaan darah tidak diambil hari ke-5 sebaliknya hari ke-6 kerana kesuntukan masa. Bacaan makin meningkat. Esoknya (hari ke-7), bacaan naik mendadak ke 360umol/L. Izz perlu dimasukkan ke wad HUSM untuk rawatan lanjut. Saya merayu untuk tinggal di sana kepada pihak hospital memandangkan jumlah katil terhad dan saya tak bersalin di sana. Alhamdulillah dapat. Tujuan saya hanya satu, menyusukan Izz sepenuhnya. Ya saya tahu, Izz dan saya perlu kuat!


Izz ditahan di wad NICU untuk semalaman. Lampu biru diberi atas dan bawah. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya rahim ketika itu akibat berjalan dari wad menginap ke NICU semata-mata untuk menyusukan Izz. Saya hanya pulang ke wad setelah malam, itu pun selepas tinggalkan beberapa titis susu badan untuk bekalan malam. Susu masih di tahap yang sama, amat sedikit. Malam ke-2 di wad, saya diberitahu, bacaan anak dah sedikit turun dan akan dihantar ke wad biasa bersama saya. Hati lega sedikit sebab dah tak perlu berjalan jauh untuk munyusukan Izz.


Setiap 1-2 jam saya kejutkan Izz untuk menyusu. Pinggang sakit dan kaki kebas akibat struktur katil yang agak tinggi dan melengkung. Sukarnya untuk tidur dan merehatkan badan. Hanya Allah yang tahu. Namun saya perlu tabah kerana Izz bergantung pada saya. Berkat pertolongan Allah dan khasiat susu ibu, bacaan jaundis Izz makin turun, namun agak perlahan. 6 hari kami menginap di sana.


Petang hari ke-6, kami dibenarkan pulang setelah bacaan jaundis turun ke 220umol/L. Namun perlu ke klinik kesihatan untuk memantau perkembangan. Izz mengalami ‘prolonged jaundis’. Hari ke-17, bacaannya adalah 162umol/L. Maka dah boleh tutup buku. Alhamdulillah...dah tak perlu ke klinik untuk ambik darah lagi.


Ø Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah

Untuk juandis, tiada lain melainkan kita perlu menyusui anak dengan susu ibu. Bersungguh-sungguh, yakin serta banyakkan sabar walaupun susu ketika itu tidak meriah. Saya hampir berputus asa dalam menyusui anak dek kerana susu yang sedikit. Pelbagai cara dilakukan. Pam juga bertukar ganti untuk mencari keserasian. Daripada Avent manual, Pureen elektrik dan akhirnya Spectra 3 pum berganda.


Vitamin dan makanan tambahan juga banyak, apa saja akan saya cuba. Pil ASI, soya Melilea, set lengkap Shaklee untuk tambah susu, kurma, lobak putih, pegaga, teh pegaga, teh kurma dan longan dan pelbagai lagi telah saya cuba. Air masak diminum seperti yang disarankan. Doa juga tidak lekang dibibir ini. Namun hasilnya sama, belum lumayan. Stok juga ada lebih kurang 10 botol yang 3oz. Setiap hari paling kurang saya akan pam 3 kali pada waktu siang. Jika malam atau hujung minggu, kalau Izz menyusu, sebelah lagi akan dipam. Tips ini agak berkesan untuk merangsang pengeluaran susu. Saya tetap bersyukur sebab dapat meneruskan penyusuan ini walaupun sedikit. Saya yakin, Allah menguji hambaNya sebab Dia sayang ^_^.


Izz kuat menyusu hampir setiap jam waktu siang jika bersama saya. Untuk bangun malam dan mengepam memang tak dapat sebab Izz akan bangun untuk menyusu selang 2 jam. Selepas mengambil produk Shaklee untuk tambah susu, Alhamdulillah, susu makin pekat dan Izz minum sikit, dan nampak perubahan dia cepat kenyang. Namun ianya tidak memenuhi tuntutan minumnya.


Saya terpaksa dengan hati yang sedih memberi Izz susu formula. Kalau di rumah pengasuh, saya bekalkan susu yang dipum hari sebelumnya 4 atau 5 botol (3oz) bergantung pada hasil pendapatan. Biasanya pengasuh akan bagi susu formula bila dah lewat petang dan saya belum sampai lagi. Penggunaan susu formula hanyalah 10%+90% susu ibu. Kalau kat rumah, memang saya bagi terus je, takde guna susu formula.


Tapi Izz pandai sekarang ni, bila petang je, dia sanggup tunggu umminya ni sampai rumah pengasuh baru nak menyusu. Bila pengasuh bagi susu formula, mulalah dia buat muka dan tolak dengan lidah. Susu formula hampir tak luak.


Ø Sokongan yang diperolehi

Suami, keluarga terutamanya mak dan kawan-kawan memang banyak bagi sokongan padu. Banyak nasihat berguna yang saya dapat daripada kawan-kawan. Malah pam Spectra 3 juga adalah hadiah daripada suami tersayang sebab kesian tengok isterinya ni lenguh tangan menggunakan pam manual. Teringat sewaktu kat hospital masa Izz jaundis, jururawat banyak bagi penerangan berkaitan penyusuan dan teknik-teknik ang betul. Sewaktu mengapam, ada yang datang mengurut belakang dan bahagian bawah leher. Ya, teknik ini memang membantu pengaliran susu badan.


Ø Gambar berkaitan penyusuan



Gambar ni Izz tengah menyusu - diambil sewaktu Izz dalam wad. Saya memang jarang buka penutup matanya sebab, bila buka je memang dia nangis-nangis sampai saya tak sampai hati untuk tutup balik.

Jadi menyusu lah Izz dalam keadaan mata tertutup. Cuma saya longgarkan bahagian atas atau bawah saja supaya dia dapat lihat muka saya.


Ø Tag seberapa ramai kawan untuk mempromosi penyertaan anda dan menyebarkan ilmu anda pada kawan-kawan


Semua kawan-kawan yang sempat baca entri ni sebelum 1 Ogos bolehlah menyertainya. Harap maaf sebab terlewat mempromosi.

Wednesday, July 20, 2011

Kisah Hana



Hana Adeellya, anak sdara yg 1st.
lahir kt penang jgk, same la cam izzuddin ni.
Cute sgt dak ni, geram nk cubit2 je!hahaha
suara plk serak2 basah cam MIA pelakon kecik yg comel tu ;)
skrg da 5 taun dah.
teringat 1 wall post kt fb papa hana tempoh hari.
rasa nak copy paste je kat cni sbb lawak.
mcm2 keletah dak2 zaman skrg ni.
semoga hana jd anak yg cerdik, pintar, solehah... amiin...

My bro 1 family tinggal kat Paka, Tganu skrg ni.
ni antara perbualan mereka-
Hana: .... Knape kedai nie tulis 'bakar Paka'.. Kedai ni nak bakar Paka ke papa?
Papa: @&$£€*#¥.... (sabo jelah)
.......
......
(actually kedai tu tulis 'Kedai Ikan Bakar Paka')....!!!
Pintar...pintar...

semakin chomel n muslimah gitu ;)

:: Little angle ::
tp wish org suh bertukar jd katak! T_T

Monday, July 4, 2011

Ayah

N3 kali ni nak bercerita pasal ayah.

Ayah sy seorg yg sgt baik.
Sy amat2 sayang ayah.
Dalam ketegasan beliau, ada kelembutan yg sentiasa membuatkn kami adik-bradik sentiasa gembira.
Bukan ayah tak pernah marah atau rotan kami - pernah ye!
tp... ianya PASTI bersebab.

masih ingt lg time sy folo abg pi mandi sungai.
blk je rumah, ayah hadiahkn 'tali pinggang'.
oh, nakal sungguh waktu kecik2 dulu.

masih ingt lg time sy eksiden di suatu ptg, masa tu baru 5 tahun.
tp hero x ingat dunia.
bw basikal lintas jalan, pastu kene langgar ngn motor, jd superman; melayang ke tepi parit dkt umah.
basikal da bengkok; tayar depan bertemu tyr blakang dah.
pastu blh plk bgn sendiri sbb xrasa sakit lg time tu.
tp bile org ramai dtg kerumun, br la start nanges sbb aaarrrgh! nape org sebok2 nak tgk nie! segan la...
pastu masuk dlm umah, time ni mak da menangis meraung sbb tgk anaknya ni da berdarah2.
AYAH? lepas bg salam solat asar, tny sy... "Nak main basikal lg? nanti ayah baiki ye..."
Fuh! COOL man...

Ingat lg, kalo tgk tv waktu maghrib.
sorg kene cover line.
tgk kot2 line x clear.
kene cepat2 tutup tv. hahaha, lawak btl.
biasanya ayah berkebun ptg2.
so bila ayah dkt nak masuk rumah, semua lari lintang pukang tutup tv, capai tuala pastu begaduh nak mandi dl...takot wooo...

ingat lg...
pg2 sblm gi skolah, ayah yg sikat rambut sy.
sakit o0o part ni.
mane x nye, rambut kusut, pastu ayah sikat rambut sambil pgg telinga.
haish! nasib xputus telinga.he3
tq ayah.

ingat lg...
kalo time sarapan pagi b4 g skolah, wajib makan n minum.
so ayah akan tuang air sambil "tarik" ala ala teh tarik [sbb nak ilangkan panas sbnrnye]
pastu masing2 nak pilih air yg plg sikit dlm cawan tu.
sbb kalo dpt air ckit, nanti blh cepat abes. entah paper je kan?

Ayah...ayah...
kalo keje skolah tak siap, ayah sanggup teman tgh2 malam, sampai keje skolah siap.
sbb...kalo keje skolah tak siap, n pagi2 tu baru nak siapkan, pasti buku tu akan melayang...
kalo ade ape2 yg kene tulis utk lekat kat diding kelas, sy bwk blk, mintak ayah tolong tuliskn...
serius! sbb tulisan ayah cantik dn kemas. sy amat2 suka!

Ayah suka berjenaka ngn family. [a.k.a. tok selampit]
Tiap masa mesti ada cerita lucu yg ayah akan kongsikn.
yg pasti buat kami tak kering gusi.
lepas ni sy berazam nk kumpul koleksi cerita Ayah la plk kat blog ni.
supaya sy tak lupa.
nanti blh sy ceritakn pd anak2 plk, insyaAllah.
semua best2 blaka..

One more thing, kami sekeluarga mmg akan mkn berjemaah.
terutama waktu makan malam.
so time ni la apa2 pendapat...masalah...cerita..sering dikongsi bersama. ^_^
kalo sorg yg ada dlm umah tu, tp tgh buat keje lain, yg lain2 akan tunggu, utk makan together geder...huhu...rindunye rasa nak jd kecik blk. bestnye!

walaupn ayah tegas, kami tetap sayang ayah.
sbb ayah adalah super daddy!
best la ayah ni!
hehe

Ayah...ayah...
byk lg ttg ayah.
nanti lain kali sy kongsikn lg di sini.
insyaAllah...

Friday, July 1, 2011

Progress report

Hehe...
mesti ingat prog report study kan?
tak..nak cerita pasal progress anakanda ni haa...
kejap je masa blalu.
Izzuddin skrg dh 4mos+.
Alhamdulillah...walaupn membesar tidaklah bagai juara, namun pembesaran masih di graf normal.

Stakat hr ni, berat Izz naik normal.
Time lahir : 2.5kg
bulan 1: 3.6kg
bulan 2: 4.3kg
bulan 3: 5.0kg
bulan 4: 5.65kg
[ok la kan, jimat baju...yg new born pn blh pakai lg...hik2]

Izz da blh meniarap masa umurnya cukup2 100 hari. hehe
percubaan berjaya!
skrg ni kalo xde bantal sendal kat tepi, mmg meniarap la kejenya.
dlm bakul dlm kete pn nak pusing jgk, nasib baik xblh sbb ruang sempit.
dah nak blh start gune car seat la plk ni.
risau time tido je, mane tau pusing sorg2, ummi tak terjaga.
sbb tak brapa nak mahir mana lg...

mandi? mmg kegemaran si kecik ni.
kalo die mgamuk, gi basuh muke die trus sengeh.
tp kalo mandikn lg lg lg dia suka ;D
haha, ummi da tau da...

Part suara, mmg menurun umminye la.
bising! berbuih mulut ckp sorg2.
cam mlm td pn sanggup "stay up" sorg2 kul 3 pg, borak sorg2.
bukan kejap, lama... sejam lebih membebel.
tak kuasa ummi layan, tido je la, biar die bebel sorg2, penat kang dia panggil la tu.
abah kata izz suke bebel mcm ummi.hurmm....

byk gmbr nak tepek, tp internet slow tahap siput sedut.
lain kali je la.
____________________________________________________

ni crita progress report UMT plk.
dah submit prog repost 1st sem.
tp problemnye sv xterima ape2 email dr UMT.
ingt sy sorg je yg jd cam ni.
rupenye, bile tny yg lain2 pn cam ni jgk.
ok, sabar ye!
kdg fikir bagus jgk send online je sbb blh save time.
tp bile jd cam ni, fikiran akan fikir yg kontradik la plk.
kene byk byk sabauuu....

Thursday, June 16, 2011

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-27

Abg...
esok 17Jun, besday abg.
tak tau la abg ingt ke tak kan?

abg akhir2 ni sibuk sgt dgn keje...
pegi awal pg, blk2 da dkt pukul 8mlm.
lepas mkn, blh la borak2 kejap, pastu abg pn lena.
kesian sgt tgk abg.
penat ye sayang?

skrg ni di saat N3 ni ditulis pn, abg dah lena di buai mimpi.
taun ni, hadiah istimewa ayg bg kt abg, sorg anak bernama Harun Izzuddin.
lain2, mmg ayg tak dpt nk sediakn buat masa ni.
hadiah utk besday abg taun ni, ayg forward ke depan ckit ek?
so sorry dear!

tp kalo tny abg nak ape, mesti abg akan ckp taknak ape2...
dah faham sgt dah, mesti taknak susahkn wife dia ni haa.

happy 27th bornday Sayang.
semoga abg sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yg halal yg melimpah-ruah serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t.

Adios!

[akhirnya, updated jgk blog ni setelah sebulan dibiarkan berhabuk]

Saturday, May 14, 2011

Pulut 'dughiyee'

Maaf kalo n3 ni mengganggu-gugat hati dan pankreas serta pancake kakak ku yg berada nun jauh di sterling.
kalo kakak ku yg di NCL tu ku tak heran, confirm baca n3 ni sambil tutup idung. hehe
_______________________
Musim durian ek skrg?
mak ayah dtg 1mei hr tu wat pulut durian.
nasib baik jumpa cr durian.
sedap!
durian kunyit kot.
isi kuning n sedap di makan begitu saja.
tp $ tu yg kurang sedap.
3 biji rm50.
hoho...kecik2 je pon.
tp puas hati sbb sedap.

saya mmg 'hantu' pulut.
sampai masa pantang pn makan pulut kuning n pulut inti.
org tua2 ckp xleh mkn pulut, sbb angin n sakit urat.
masalahnya...sy mmg 'pantang' jumpa.
pulut kuning mkn masa hari cukur rambut Izzuddin.
mak buat pulut kuning, so ambik rasa la jgk.
rasa okeh! sepinggan.
kalo makan itu lebih dr sepinggan.
pastu mkn jgk pulut inti yg ada kelapa coklat tu.
yumyum! itu mmg sedap.
sikit-sikit gi dapur 'curi' pulut.

okeh, berbalik pd tajuk di atas.
maka terjadila pulut durian.
mmg lama dah ni rs nk mkn.
tp silap sy jgk.
gi goreng ikan kering gelama sungai yg amat marbeles itu.
sbb teliur rasa nk mkn ngn pulut.
ikan kering tu mak bw...mmg sedap.
mana tak nye...rm46 ye sekilo tuan2 n puan2.
kopak duit mak beli ikan kering.
mula2 goreng, ambik ratah ikan ni, ckp kat adeq in, "rasanya sedap lg dr KFC"
pastu bila mak tau compare2 ngn KFC, mak ckp "ade ke compare ngn KFC, rm46 ye sekilo"
KFC mmg tak layak utk dibanding2 ngn ikan kering.huahua
T_T

mula2 mkn pulut durian.
ok lg.
pastu mkn pulut ikan kering plk.
time mkn siap tambah lg sbb sedap.
pastu lepas mkn, pening yg amat.
loya tahap kalah org pregnant.
ye la...memula masuk santan blemak n manis2.
pastu tibe2 masin plk.
eee....lugha rs bile tringat blk.
ye, ini tgh lugha jgk ni.
huhuu...


ini pulut durian versi kami.
santan segar di masak kejap utk elak sakit perut n ditaruk garam.
dihidang bsama2 pulut...durian...n gula jgk.
nama pn org kelantan!
tp ade jgk lain tempat, versinya yg durian dimasak skali ngn santan kan?
apa2 la, janji mkn sampai abis.
kalo x abis nanti syaitan suka kawan ngn kita.
hahaha...
ayat yg slalu kita ckp kt budak2.
praktis tuk anak sendiri plk. ;p

Thursday, May 12, 2011

Kalau hari cuti

Bila hari cuti Izz buat apa?
Izz akan 'bermanja-manjaan' dgn ummi.
siap awal2 lg bila mlm tu ummi ckp pg esok Izzuddin tak pyh gi umah tok...
jdnya dgn sendiri Izz akan bgn lambat.
sbb tau x payah mandi awal utk gi umah tok.
biasanya kul 5.30-6pg da bunyi 'alarm' nk bgn.
makanya.... ZzZzzZZzz...semahunya...
sampai bila?
smpai rasa lapar nk susu.
[haish...mcm tau2 jek!]

::see? 7.40 xmo bgn lg. kejut pn mengamuk pastu tido blk::

Pastu?
mandi..borak2 bahasa dia.
pastu bermulalah episod 'perang' sbb tak blh tinggal dia sorg.
mesti nk org ade kt sebelah, layan dia nk borak.
ummi?
pening kepala...pening kepala...mule daa....
last2, bg die nyut2 sambil duk kt meja study.

Ganas ni...
anak singa pon dia nak gigit.
thanks to aunty lyn, aunty bie n aunty na for this cute baby lion~


Apa Izz buat lg?
lipat kain bersama2 ummi.
sampai berbuih mulut tegur ummi, tp ummi buat donno jek!
hahahaha
padan muka sapa suruh tak nak duk bawah.
lipat kain pn nak suruh riba dia.
last2 lipat je kain2 tu atas badan dia.
suka la plk ingt org main dgn dia. ;p
ambik gmbr ckit, senyum....
apala ummi Izz buat ni, kompius jap.


Time ummi bersilat kt dapur pon Izz nk tlg ummi jgk.
makanya, sebelah pgg Izz, sblh lg melakukan aktiviti campak-mencampak.
jadila...utk perut ummi ngn abah je pon.

tu kalo hr sabtu.
ahad ok ckit la sbb abah cuti.
sikit je, OKEH?
so Izz layan abah tido.
ops! silap ;p
Abah layan Izz borak.
hakhak
sekian.

Wednesday, May 11, 2011

Susah atau senang, berdoalah...

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, sembuhkan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH

Ameen ya Rabbal'alameen...
Related Posts with Thumbnails