Tuesday, June 23, 2009

Dah masuk bulan Rejab



Assalamualaikum kawan2!

Esok dah masuk 1 Rejab [actually mlm ni dah 1 Rejab pn kan].
Jom kita puasa sunat sama2...
Bersama kita pertingkatkan amalan kita di bulan ini.
(^_~)

Disebalik amalan berwuduk!


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, ampunilah dosa mulut dn lidahku ini" @ "Ya ALLAH, jadikanlah ku cuma bercakap perkara2 yg ENGKAU redho".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, putihkanlah wajahku di akhirat kelak sebagaimana ENGKAU putihkan wajah para Kekasih-MU".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, berikanlah buku catatan amalku kpd tangan kanan ku ini dn hisaplah aku dgn hisap yg mudah".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, janganlah KAU berikan buku catatan amalku ke tangan kiri ku ini dn janganlah ENGKAU sulitkan hisapku".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, lindunglah aku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" @ "Ya ALLAH, naungilah aku dgn rahmat dn kasih sayang-MU".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, ampunilah dosa telinga ku ini" @ "Ya ALLAH, perdengarkanlah aku cuma dgn perkataan2 yg ENGKAU redho".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya ALLAH, tetapkanlah kaki ku di atas titian Siratul Mustaqqim sebagaiman ENGKAU tetapkan kaki para kekasih-MU".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, jgnlah ENGKAU gelincirkan kakiku ke dlm lubang api neraka sebagaimana ENGKAU gelincirkan kaki para musuh-MU".

Cubalah kawan2 semua amalkan panduan ini dgn ikhlas dan istiqamah mengharapkn redho-NYA...insyaALLAH, dgn kasih syg-NYA kita semua akan mengecapi "rahsia wuduk" itu...hanya yg telah merasa mengetahui betapa besarnya kehebatan simbolik yg terkandung di sebalik kaifiat wuduk.......

MAHA SUCI ALLAH YG MAHA BESAR LG MAHA LUAS PENGAMPUNAN & KASIH SAYANGNYA...

~~~perkongsian dari sahabat untuk sahabat~~~

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapa

June,21[esok], Ahad, minggu ke-3 tiap kali June, adalah hari bapa@ayah@abi@abah@papa@al-ab@daddy. Apapun cara kita panggil ayah kita, he is the one that without him, who we are?
Rindu punye pasal, sempat jgk blk jenguk mak ayah kt kg. walau pn hy sehari dan keputusn nk blk dibuat on da dot n last minit. Xpe la kn, at least balik! [Walau pn 2 mgu lepas baru je blk hantar kain2 bj raya utk mak n adik2].
Lepas je solat asar ngn hubby khamis lepas, trus decided nk blk klatan la kjap. Dan siap2 ape yg patut, trus la btolak.... hehe... celoteh panjang plk akak ni yek. Straight to da point je la sng citer. Bersempena hari bapa yg bakal disambut esok, diri ini nk buat wish la utk ayah, utk abg[hubby ku yg jgk sbnrnye dah jadi seorg abah], dan utk semua ayah di luar sana...

"Terima kasih kerana menjadi pelindung keluargamu. Jasa ayah akan sentiasa kami kenang dan tak ternilai buat kami. Semoga Allah meredhai segala jasa dan baktimu. Amin... 'Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih daripada seseorg ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yg baik' - hadith riwayat at-Tarmizi. "

Pic ni adalah saat2 terakhir sblm ayah melepaskan tanggungjwbnya kepada suami ku. Love you n miss U ayah!
Kalo nak cerita kt sini satu persatu pengorbanan ayah kepada kami sekeluarga, rasanya... xmuat 1 page. Jd...diringkaskn cerita... you are the best, AYAH!

1 for me please...

Bile blk umah mak, tgk baju yg adik tgh jahit bunga n manik, teringin rs nk jgk.huhu...nak jgk! Mane aci, saya pn nak jgk 1... 2 pn ok gak lor (^_~)
[adei...malas btol rasa nk jahit bende2 mcm ni, rasa nk terima siap je, xmo dah jahit sendiri]

Cube tgk ni, mane hati tak teringin...waaa...nak jgk, nk jgk! ni baju yg tgh dijahit manik, adik yg jahit. yg atas ni mak punye... yg pink bwh ni die punyer!

Oh abg... one more baju raya please... teliur sgt tgk baju2 diorg ni... huhuhu... hubby, I really2 meant it [ni bukan main2, ini betol2!]. Help~~~help~~

P/s to kak cik: Tolong jahit mcm ni jgk utk kakak mu ini 1, please... n tlg siapkn b4 daftar kt uitm tu yek. upahnye...hy Allah dapat membalasnya.hehe... [tak2, masuk buku ye upah, duit raya nanti double!]

Burung M.U.R.A.I

Cube tgk video ni, cute sgt! x puas tgk. lg dan lg...Burung Murai!
video

Thursday, June 18, 2009

Hujan batu di negeri sendiri

Petang smlm, as usual, kitorg kuar la utk mkn lepas blk dr ofis. Tp smlm lain ckit. Hubby demand yg special ckit sbb it's on his birthday. ok la.... kerana mu rela ku turut. 1st tu ingt nk g mkn kt Cairo tomyam kt bandar, nk mkn ikan bakar. Tp bl tgk hari da mula gelap nk ujan, xjd la plk. We just go dkt2 cni je, seafood restoran. And...makan2 dan pulang. Ms nk blk tu, kitorg lalu jln patai teluk ketapang, sj nk jln2. Ms ujan da renyai2. Singgah jap bli 'paih udang' [yumyum, I like it]. Pastu jln2 [act xjln pn, naik kete] pusing pantai, lalu belakang airport. Hujan makin mengganas. Dekat nk sampai kt trafiklight nasi kukus, rasa ujan sgt lebat. Sampai hubby ckt mcm duk dlm rumah, then dgr atap zink kene ujan. Rupenye....patut la bunyi 'tang tung' semacam jek, hujan batu@ais kt luar sane. Oh Gosh!!! kene cepat lari ni, kalo x abis tercalar kete. Tanpa tunggu lampu ijau, kitorg redah je pakai lorong tepi kedai. Waahhhhh!!!!!laju sgt, dan dahan2 pokok bertaburan kt jln, ade pokok tumbang, daun kelapa melayang, sungguh dahsyat. Dan...alhamdulillah, selamat sampai umah.
Nasib baik semua selamat. Oh, saya dah saksikan sendiri mcm tu rupenye org panggil hujan batu. Ianya ketula ais lebih kurang sebesar ibu jari. tak dpt bayangkan kalo kene kepala/badan, mesti sakit. Sbb ais tu dari jauuuuuh tu. Adusshhhhakit!
Kesimpulannya, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baih di negeri sendiri...Of course la I like to be here because I can eat kopok lekor bila2 masa je yg saya suka. Aaaauuuummmm!

Thursday, June 11, 2009

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Dua hari lepas, semasa membelek2 akhbar tempatan yg dibeli hubby, terbaca satu artikel yg membuatkan hati rasa terdetik utk kongsikan dgn rakan2. Tajuk artikel tu "'Facebook' bukan alasan tinggal solat".
Mungkin betul, ramai dikalangan masyarakat hari ini, lebih mementingkan hal2 yg tak penting daripada yg btl2 penting malah yg WAJIB hukumnya semata2 lagho dgn hal2 duniawi. Betul atau tidak, tepuklah dada, tanya lah IMAN.... Tak salah kita nak berfacebook, berfriendster, berblog dsn, asal tau mane yg perlu di dahulukan. Sama2 lah kita berusaha ke arah yg lebih baik.

Ibadat solat merupakan tiang agama. Tanpa tiang, maka segala amalan kebaikan yg lain, umpama sia-sia. Didikan agama kepada anak2 adalah sgt perlu. Seharusnya seawal yg mungkin lg. Semasa berkunjung ke rumah mak hujung minggu lepas, hati berbunga girang sbb dpt jumpa anak2 buah kesayangan ku. Ditambah pula dgn melihat gambr2 si kakak ni:
[Sila abaikan rambut yg keluar tu ye] Hana dah mula belajar solat skrg, alhamdulillah. Sejuk hati cik tie tgk.
Hana tgh berdoa "Ya Allah...jadikanlah hana anak yg solehah"
Dan tak tahannye, sempat lg tu menjeling kamera bile dpt tahu dirinya sedang diperhati. (^_*)
Solat Asar 4 rakaat ye kawan-kawan!

Memenuhi Undangan

Disebabkan kebzian yg melanda diri ini, maka byk la post2 tertunggak yg blm sempat di postkan.[bz sgt ke?] Ni tgh pening2 ni, menyetadikan diri. Esok pg2 lg hubby n I akan bertolak ke KL. Nak pi amek exam. huhu...
Musim cuti sekolah kali ni, kami byk dpt kad undangan sempena penyatuan dua hati. Kalo diikutkan, mmg nak penuhi semua, tapi keadaan tak mengizinkan kami. So, pegi mane yg dapat jek. Ni adalah antara kad jemputan yg saya terima. Thanks guys!
Dan bermula lah sesi membeli hadiah2. Maka siap terbalutlah sebahagian daripadanya...
Ni sebahagia gambar yg sempat di ambil. Yg pengantin pakai bj putih tu....penganti lame, saje [memenuhi ruang yg ada] meng'refresh'kan balik kenangan dulu.hehe
Antara majlis yg sempat kami pergi adalah:
1) Aidah & Yunus[upm] @ Dungun
2) Kak Gee & suami [umt] @ Kg Pecah Rotan Tgnu
3) Norzie & Sepul [upm] @ Felda Belara Tgnu
4) Ila & suami [smklg] @ Kg Renek Jerteh
5) Fiza & suami [mrsmkt] @ Besut
6) Lin & suami [upm] @ Jeli
7) Kak Long [jiran]

Kepada yg kami tak sempat berkunjung tu, hy doa yg dapat kami titipkan buat kalian.
Tahniah kepada semua... Selamat pengantin baru, semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Nya. Selamat bercinta dunia dan akhirat!

Friday, June 5, 2009

Dari seorang lelaki...

Artikel ni saya petik daripada e-mail yang diterima daripada seorang kawan. Menarik, kelakar dan yang paling penting membawa mesej yang tak ternilai…..

Teringat pasal satu cerita. Seorang lelaki balik rumah dan kehairanan apabila halaman rumah berselerak, surat di peti pos tak berambil, anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat dan tak bermandi. Apabila masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut apabila ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki itu melaung nama isterinya. Sepi tiada jawapan. Bila masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk dan periuk yang tidak bercuci. Dia mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air pula, baju masih belum berbasuh, apatah lagi berendam.Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. “Awak sakit ke?”, tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?”, tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. Balas isterinya “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ….NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.”

“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata, FreeeDoMmmmmlah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”, aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘assshheemmmm’, tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil…Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki…lantai dah berbelak, tak dimop…Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun….belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi…penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita…tak rela!!!

So to all mums and wives out there… life will be meaningless without you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut… And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI… Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!
Sekian terima kasih.

Thursday, June 4, 2009

Wanita dan sifat pemalu

"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..."

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.

Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita.

Tetapi kalau tidak tahu malu?Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu.

Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka. Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang.

Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja.melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mana kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita. Sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan,berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.

Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

Wednesday, June 3, 2009

Beauty of Mathematics


Sequential Inputs of numbers with 8
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


Sequential 1's with 9
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111


Sequential 8's with 9
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Numeric Palindrome with 1's
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Without 8
12345679 x 9 = 111111111
12345679 x 18 = 222222222
12345679 x 27 = 333333333
12345679 x 36 = 444444444
12345679 x 45 = 555555555
12345679 x 54 = 666666666
12345679 x 63 = 777777777
12345679 x 72 = 888888888
12345679 x 81 = 999999999


Sequential Inputs of 9
9 x 9 = 81
99 x 99 = 9801
999 x 999 = 998001
9999 x 9999 = 99980001
99999 x 99999 = 9999800001
999999 x 999999 = 999998000001
9999999 x 9999999 = 99999980000001
99999999 x 99999999 = 9999999800000001
999999999 x 999999999 = 999999998000000001
......................................


Sequential Inputs of 6
6 x 7 = 42
66 x 67 = 4422
666 x 667 = 444222
6666 x 6667 = 44442222
66666 x 66667 = 4444422222
666666 x 666667 = 444444222222
6666666 x 6666667 = 44444442222222
66666666 x 66666667 = 4444444422222222
666666666 x 666666667 = 444444444222222222
......................................



This is a funny interesting part of maths. Enjoy the beauty of mathematics in sequential numbers.
Related Posts with Thumbnails