Friday, July 3, 2009

Semoga kau tenang di Sana

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani...

Di pagi Jumaat ni, tiba2 hati ini terasa sayu dan teringatkn sesuatu. Hari ni dah masuk 3 July. Ini bererti...dah genap 7 bulan anak ummi pergi meninggalkan ummi dah abah.
I still remember your movement in my womb at that night... Ummi masih ingt saat dikau bergerak manja ketika ummi berbual melalui phone dgn abah. Sebelum ummi terlena buat seketika.
Di malam itu...Malam itu yg memberikan ku satu igauan ngeri. Satu tamparan yg cukup hebat. Satu pengalaman yg tidak mungkin dpt ku lupakan. Yg btl2 menguji kesabaran dan keimanan ku... Mlm 2 Dec'08, ummi melahirkan mu, setelah 6 bln ummi kandungkn mu.
Dlm keadaan terpaksa, ummi terpaksa lepaskan mu pergi nak.
Bukan ummi mahupn abah tak sayangkan mu, tp Dia yg Maha Penyayang, lebih menyayangi mu.
InsyaAllah...andai ade kelapangan semasa ummi ke UPM, akan ummi kunjungi pusara mu nak. Amat sukar utk ummi melupakan mu. 7 month is not enough for me to let it go from my memory. Kau sentiasa dekat di hati ummi nak.Dikau masih suci dan bersih dr sebarang dosa. Nantikan ummi di Sana ye nak. Bersamadilah duhai anakku Muhammad di Sana dgn aman...Amiin...

3 comments:

  1. Eti, banyak2 bersabar ye. Insyaallah baby eti akan tenang 'disana' disamping org2 yg soleh n solehah. Smoga eti n nuzul akan selalu bahagia sampai akhir hayat..amin.

    ReplyDelete
  2. terharu...xpe dia tunggu di pintu syurga :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails