Tuesday, August 4, 2009

Doa elak 'Selsema Babi'

Assalamualaikum sahabat2 semua...
Wahai saudara2 seIslam ku sekalian, dalam keadaan kita diancam oleh jangkitan maut H1N1 @ Influenza A @ Selsema Babi, yg didatangkan oleh Allah S.W.T. kepada kita sebagai ujian atau bala, saya mengajak diri saya dan anda semua melakukan solat hajat utk tolak bala dan solat taubat sebanyaknya dan membaca doa-doa khas utk penyakit2 brjangkit, dan membanyakkn buat kerja dakwah Nabi Muhammad S.A.W. dan jgn sesekali tinggal solat, berjemaah di surau atau di masjid, sbb ini semua amalan yg sgt disukai Allah taala.

Dlm kitab Doa-doa pilihan yg di tulis oleh Asy-shekh Ibnu Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi Rahmatullah Alaih (seorg murshid) ada satu doa yg sgt masyur di kalangan org2 zaman dahulu, iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit berjangkit seperti sakit taun, denggi, selsema burung, pernafasan akut, selsema babi atau H1NI dan lain2 jenis penyakit berjangkit.

Marilah seluruh umat Islam, kita sama2 membaca sebanyak2nya doa di bawah ini, niatkn utk diri sendiri, semua keluarga tercinta dan seluruh umat Islam di seluruh dunia ini. Marilah berdoa agar seluruh umat manusia walau di mana sj berada agar selamat dan dilindungi serta dihindari oleh Allah dari bahaya semua jenis jangkitan maut selama-lamanya, amin Ya Rabbal Alamin.

BETULKAN KEYAKINAN KITA SETIAP MASA, SESUNGGUHNYA SEMUA PENYAKIT DATANGNYA DARI ALLAH TAALA DAN SESUNGGUHNYA SIHAT JUGA DATANG DARI ALLAH TAALA.

INILAH DOA PELINDUNG DARI SEMUA JENIS PENYAKIT MAUT BERJANGKIT:


"Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mareka itu ialah Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain)."

Baca lepas solat lima waktu 7x atau 21x atau 40x dan bacalah juga sepanjang masa setakat mana yg mampu. Doa ini tidak perlu ditadahkan tangan.

Disediakan oleh Ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb b. Sakiran, Bahagian Dakwah Bebas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails