Tuesday, August 18, 2009

Bengkel PHP dan MySQL (DAY2)

Ok, for the 2nd day, what was going on?
Bersemangat la kan... pg2 lg sampai kt lab, tp...penceramah la plk tibe kul 9, jem~~~

Pembelajaran hari ni berkisarkan cara nk design data base (DB).
utk ape sumer tu? nak suh data nampak tersusun dan utk lebih senang dicapai.
so? ape jd kalo xguna DB ni? no sharing data, dan takde integriti la jwbnye. lg satu, wujud la redundancy.

We have been introduced with SQL.
Benda ape plk tu ek? ni la language to communicate with DB.

Wah2...bunyi cam senang kan?
Very interesting one. yela...benda baru kan, jd rasa cam sedikit teruja nk belajar. [baru bg saya, walau pn dah berabad bg org lain.hehe]

Tp...tak semudah yg disangka. very da pening one lor...
Yela, org lain mkn masa berbulan nk khatam, kitorg nye kursus 3 hr jek. So, what do you expect from this short session?

Td buat web pasal pensyarah n mcmne nk login dlm web tu.
n ade sentuh jgk pasal student, mcmne nk masuk markah n so on.
Time buat tu, rasa cam run program time study dulu jek.
yup! mmg tak dpt dinafikan la, bahasa php ni lebih kurang je coding die ngn C++.
Itulah yg membuatkn pening kepala. Tp xper...bertahan tu sampai kul 5.30p.m.
Tu pn xsettle jgk sbb server cannot recognize...kitrg pakai wamp.huh!
Rasa sedikit kecewa lor.

Okla, esok tgl sehari je lg. Pastu? erm....blh la try apply plk ek? chaiyok!!!


Monday, August 17, 2009

Bengkel PHP dan MySQL (DAY1)

Hari ni (170809), esok ngn lusa dari jam 8a.m-5p.m. saya menghadiri bengkel Php dan SQl bertempat d makmal cermat fst.
seawal jam 5 pg lg bgn ni...nk get ready utk g bengkel.haha
[sbnrnye bgn lipat kain n iron bj, takut terlewat]

Adeh...baru abis sehari...tp rasa kepeningan yg amat.huhu
Bengkelnye menarik, tp paparan komputer yg amat terang n duk menumpukan sepenuh perhatian[sepenuhnye ke?], membuatkn mata rs pedih.
Walaupn duk depan skali, kerabunan ku tetap terserlah.huhu...
Jd hari ni sy menyedari satu hakikat: hakikatnya...sedar lah diri ku ini bahawa ku amat memerlukn kanta cekung iteww!

Penceramah? En Sheikh Nasir...quite good I thought.
Tentang ape? jeng jeng jeng... blaja wat laman web sendiri neh.
Dpt la tau mcmne bentuk program2 yg d gunakn sbg asas kpd sesuatu laman web tu.
Byk jgk la latihan yg buat td, smpai rasa cam nk termunt**.hehe~~~
K la, esok sambung lg... tak sabar rsnye neh!



Sunday, August 9, 2009

Muffin chocolate

Weekend lepas, kami merajinkan diri utk buat muffin. dah lame rsnye tak buat, sejak2 blk bermastautin kt tgnu ni, blm penah skali pn wat. huhu... hubby plk wat muke sedih sbb nk mkn muffin. so...blh wat, janji....abg yg buat ok? sy??? hy pemerhati dr dekat. (~_^)

Maka terjadilah muffin kami dgn jayanya....(padahal yg bertungkus-lumusnye my hubby, sy tukang ambik gmbr jek) yumyum~~~


Haa....tu dia.... want more?
Nah!!!!! ambik nie....


Hehe...ni hubby sy punye keje. see, dah jd cam cupcake right?


Sbnrnye...nak wat kek pn blh guna adunan ni.. n sng sbb just kukus je. cuma kalo kek kne la kukus lama ckit, nanti kt bhgn dlm tu x masak la plk. ok?

Utk puan2/tuan2 yg nak try buat kt umah utk ry nanti ke...ni sy bg resepinye:

BAHAN2 NYA:
1) 2 cwn tpg gandum
2) 1 cwn serbuk coco
3) 1 sudu teh soda bkrbonat
4) 1 sudu teh baking powdr
5) 1 cwn butter - cairkn
6) 1 cwn gula - kurangkn ye puan2 kalo xnak manis sgt
7) 1 cwn susu pekat manis
8) 3 bj telur
9) 1 cwn air panas
10) chocolate chips utk hiasan

CARA2NYA PULA:
1) Campurkan bahan2 (1) hingga (8) dlm satu bekas, gaul sebati.
2) Bila dah sebati, baru masukkan air panas.
3) Blh la isi 1/2 cup ye, bg ruang utk kembang.
4) Letak la plk choc chip kt atas tu... terpulangla nk brape2
5) kukus la dlm 5-6 minit (bgantung pd saiz jgk la)

ok, utk cr nk kukus, ni sy tunjuk cthnye ye puan2.


cup kertas tu kne isi dlm bekas logam, baru tuangkan adunan. kalo x nanti time kukus, bile mengembang, dah x jd rupe cup nye...hancus...

ok, selamat mencuba n selamat menjamu selera!



Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum sahabat2 semua...

Sedar atau pn tidak, kejap je kan masa berlalu..

Dah nk masuk tgh bln Sya'aban pn kan?

Kejap je rasa... ok la, sempena esok 15 Sya'aban, sy nk kongsi sikit dgn kwn2 semua ape yg sy terbaca...

Senyum2 selalu dan selamat beramal! (~_^)

Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)


Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

Tuesday, August 4, 2009

Doa elak 'Selsema Babi'

Assalamualaikum sahabat2 semua...
Wahai saudara2 seIslam ku sekalian, dalam keadaan kita diancam oleh jangkitan maut H1N1 @ Influenza A @ Selsema Babi, yg didatangkan oleh Allah S.W.T. kepada kita sebagai ujian atau bala, saya mengajak diri saya dan anda semua melakukan solat hajat utk tolak bala dan solat taubat sebanyaknya dan membaca doa-doa khas utk penyakit2 brjangkit, dan membanyakkn buat kerja dakwah Nabi Muhammad S.A.W. dan jgn sesekali tinggal solat, berjemaah di surau atau di masjid, sbb ini semua amalan yg sgt disukai Allah taala.

Dlm kitab Doa-doa pilihan yg di tulis oleh Asy-shekh Ibnu Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi Rahmatullah Alaih (seorg murshid) ada satu doa yg sgt masyur di kalangan org2 zaman dahulu, iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit berjangkit seperti sakit taun, denggi, selsema burung, pernafasan akut, selsema babi atau H1NI dan lain2 jenis penyakit berjangkit.

Marilah seluruh umat Islam, kita sama2 membaca sebanyak2nya doa di bawah ini, niatkn utk diri sendiri, semua keluarga tercinta dan seluruh umat Islam di seluruh dunia ini. Marilah berdoa agar seluruh umat manusia walau di mana sj berada agar selamat dan dilindungi serta dihindari oleh Allah dari bahaya semua jenis jangkitan maut selama-lamanya, amin Ya Rabbal Alamin.

BETULKAN KEYAKINAN KITA SETIAP MASA, SESUNGGUHNYA SEMUA PENYAKIT DATANGNYA DARI ALLAH TAALA DAN SESUNGGUHNYA SIHAT JUGA DATANG DARI ALLAH TAALA.

INILAH DOA PELINDUNG DARI SEMUA JENIS PENYAKIT MAUT BERJANGKIT:


"Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mareka itu ialah Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain)."

Baca lepas solat lima waktu 7x atau 21x atau 40x dan bacalah juga sepanjang masa setakat mana yg mampu. Doa ini tidak perlu ditadahkan tangan.

Disediakan oleh Ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb b. Sakiran, Bahagian Dakwah Bebas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Monday, August 3, 2009

Port luck kt ofis

Sj nk share kt kwn2 sumer.
Semalam..kitorg wat port luck. ape yg kami bawa?

Kak niza1 - air teh O panas n telur
Kak fadhilah - roti gardenia
Nini - peanut butter
Kak niza2 - sardin n buah
Lyn - mayonis n buah
Huda - puding caramel
dan saya? - makaroni bakar n keropok

dan tau x hr ni... tu semerbak je bau - bakar2 rotinya lg, ngn tuna yg nini bw. ramai plk yg bw roti hr ni... selamat menjamu selera ye kwn2. pas mkn, blh study IELTS plk bg yg berkenaan. [sy pon] huk!
ni gmbr2 yg sempat d snap smlm:

Sampai je pg tu, trus bukak bekal, masing2 menyediakan ruang di perut utk diisi.

Dan ini gmbr mkn2 lg.

Sapu, jgn x sapu, lepas sapu kite bakar plk ye. rajin btl 2 org ni...
blh wat calon isteri mithali ni... ops! lebih suda...dah berpunya ni. kan ade yg gigit laptop bila baca n3 ni. maaf ye husband k niza1 n k fadhilah.

Ni plk model roti bakar dgn pembakar rotinya.

Hehe...yg ni pn iya jgk, da 2nd model. "Sedap ni"

Sekian, terima kasih...

Saturday, August 1, 2009

Makaroni bakar

Khas buat ofismate ku sekalian!
Erm...seperti yg d janjikan, sy tgh masak makaroni bakar ni.
This is my 1st trial. sblm2 ni...hy jd pembantu chef je kt umah mak bila time nk bake the makaroni. Now, my turn to prove it, mum! da kne jd chef utama la plk..
Tp sabar ye kwn2...yg 1st round ni utk my hubby and also mak ayah (mentua) I dulu ye, utk kalian...will be the 2nd one to bake ok?
We will wait n see what is the result after this.
Will be update the result soon.k

ok, ni la gmbrnye makaroni yg blm di bakar. blm + telur lg ni. br siap di goreng rempah.


Then, yg ni plk, fresh from the oven.
Utk esok, ptg ni sy bake ye.. 1/2 bake only n to be continue at tomorrow morning. (~_^)

ok, atas sbb permintaan, kt sini sy updatekn


RESEPI MAKARONI BAKAR

BAHAN2NYA YE PUAN2:
500g makaroni - rebus n toskn
1/3 kg daging - rebus n cincang / hiris halus (terpulang, kalo nk byk letak la byk), pastu simpan air rebusan
= daging blh digantikn dgn ayam, nk letak dua2 pn ok
8 labu bwg besar - potong subang, then goreng sampai kekuningan, toskn
6 ulas bwg merah, 4 ulas bwg putih - mayang
lada besar merah - potong diagonally
daun sup + daun bwg - hiris cam nk tabur kn atas sup tu
serbuk kari - 4 sudu bsr
garam + gula - sesuaikan rasa (>< 1/2 sudu bsr garam, 1 sudu bsr gula)
ajinomoto - kalau nk, tak pn xper
last but not least -TELUR - beberapa biji sehingga kelihatan berair

CARA2NYA PULA:
1) tumis bwg merah + bwg putih yg dimayang hingga wangi
2) masukkan daging cincang, gaul jap
3) masukkan serbuk kari then air rebusan daging
4) then garam + gula
5) lada + daun sup + daun bwg + bwg besar goreng
6) masukkan makaroni dan gaul rata dgn api perlahan, then tutup api
7) sapu mentega pd loyang, b4 masuk dlm loyang, pecahkn telur dan gaul sebati (tanpa api)
= telur tu... byk2 sbb nak bg makaroni tu melekat & bersatu supaya jd kek
= sy masukkan utk satu loyang 7/8 bj
= utk resepi ni akan dpt 2 loyang
= kalo nk 1 loyang je, so 1/2 kan bhn2 di atas

Utk sos: blendkan - 3 bj lada merah bsr, 3 ulas bwg putih, 1 bj tomato, garam + gula + cuka tp...kalo xnak, mkn dgn sos cili pon da sedap (kot~~~)

Related Posts with Thumbnails