Friday, August 27, 2010

17 Ramadhan 1431H

Seperti yg semua sedia maklum, hr ni dah masuk hr ke-17 dlm bln Ramadhan kali ini.
Huhu...terasa amat sedikit amalan ku setakat ini sedangkan Ramadhan sudah lebih separuh meninggalkan ku. T_T

Ya Allah...berikan lah hambaMu ini kesihatan yg baik agar aku dpt memperbanyakkan lg amalan di bulan penuh barakah ini dan dpt ku bertemu dgn malam yg lebih baik dr seribu bulan itu. Amiin...

Apa yg istimewa pd hr ke-17 ni? Hr ni adalah hr Nuzul al-Quran...
_______________________________________________

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

______________________________________________
Ya, sgt istimewa... Semoga kita sama2 dapat memperbanyakkan membaca ayat2 suci al-Quran serta melipat gandakan amalan kebaikan di bulan ini.

Di kesempatan ini jgk, sy nak wish happy birthday to my beloved hubby... Hr ni besday hubby dlm bln Islam. Sbb tu la nama hubby sy en. Mohamad Hanuzul (~_^). Di ambil bersempena dgn peristiwa hari ni la... Alamak? Hadiah??? Baju raya blh x bang? hehe...


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails