Ok...hr ni oleh kerana rasa bosan duk di rumah, maka sy nk share resepi pulut kuning yg da selamat masuk ke perut ini smalam... 1st time sy dgr org panggil makanan ni benda lain mase sy memula pindah tgnu ni...org kt cni pggl nasi kunyit... "kunyit?" yup! blh d terima sbb kene isi serbuk kunyit ms proses merendam + mewarnakn. tp "nasi" tu...mmg sy x leh nk terima smpai skrg. sbb xde sebutir beras biasa pn yg digunakan. semuanya berat pulut. Maka ianya pulut ok? bukan nasi...uhuk!
Oleh sbb sy tgk stimmer da sampai tu, maka post ni sy dedicate khas buat kak niza ali yg jauh di Stirling sana...hehe
1) Mula2 beras pulut dibasuh bersih, kemudian direndam. Utk merendam, masukkan serbuk kunyit, pewarna kuning dan asam keping (2-3 kpg). xgune serbuk kunyit semua sbb nanti pulut akan nampak suram dn pudar. Asam keping plk bertujuan utk mengilatkan pulut bila dah masak nanti. Rendam la ><2jam.
2) Then, toskan beras yg dah bertukar color kuning ni. Sediakan kukusan, panaskan air. Isikn beras pulut ni dlm kukusan. utk alas supaya beras x terkeluar melalui lubang2 stimmer tu, blh alas ngn kain net atau pn daun pisang. Kukuslah sampai pulut masak. [p/s: jangan masukkan skali asam keping tadi, kalo x, masamlah pulut anda...]
3) Sediakan santan. [blh gune fresh milk] isikan garam + gula dan kacau sebati dlm santan tu.
4) Bla da masak, [try la masak ke x da pulut tu] maka blh la angkat pulut dan masukkan ke dlm bekas utk menggaul. pastu isikn santan td, kemudian gaul2 sebati. Cuba try pulut lepas gaul ni, sgt sedap! sy suka!yumyum...
5) Pastu, masukkan blk pulut td dlm stimmer dan kukus lah balik selama 15-20 minit, supaya santan masak dan sebati. Kemudian...siap!
6) Pulut ni blh dimkn bersama2 telur dadar...atau kalo rajin, blh la tumiskn sotong + udang ke... xpon kalo "malas" lg, buat je ayam percik. Maka, siaplah pulut kuning a.k.a resepi mak sy.hihi ;p
Selamat menjamu mata dan selamat mencuba!