Tuesday, November 24, 2009

Happy 2nd anniversary


Meeting you was fate,
Becoming your friend was choice,
But....
Falling in LOVE with you was completely out of my control. (~_^)
I love you forever...

Hikhik...jiwang kejap.
Baru semalam rasanya 24/11/07.
Cepat sungguh masa berlalu.
Hari ni genap dua tahun kami menyulam benang2 cinta mahligai perkahwinan ini.

Happy 2nd anniversary to me n my hubby...
Semoga ikatan yg terbina sentiasa utuh selamanya.
Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan dan jodoh kami dunia & akhirat.

Thursday, November 19, 2009

Congratulations to Adeq In...

Tahniah Deq In sbb telah berjaya dapat 5A dlm UPSR.
Dah, selamat sorang lg mendapat 5A.
Mak kata adik call tadi nangis, panic jgk mula2 tu, ingat xdpt 5A.
Oh, rupanya adik nangis kerana terlalu gembira.
Gembira di atas nikmat yg Allah berikan.
Alhamdulillah ya Allah, hamba Mu bersyukur pada Mu di atas limpah nikmat dan kasih sayang dari Mu.
Tahniah jgk buat Mak dan Ayah,
yg sentiasa mendoakan kejayaan dan tidak jemu2 memberi semangat, dorongan dan sanggup berkorban apa saja utk kejayaan kami adik-beradik.

::: E-In, yg pakai bj purple, plg kanan :::
::: In photo: My beloved sibling excluding my oldest bro :::

Utk rekod, SKGD [skolah rendah kami adik-beradik = 6 org] + skolah mak dan her sibling also masa kecik2 dulu, tahun ni merekodkan seramai 25 org mendapat 5A dlm UPSR.
Tak mencapai target~~~ [target 41 org].
Anyway, congrats kt sumer cikgu2 SKGD. Takpe la x capai target pn, dah byk dah ni...
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan cikgu semua kerana tidak jemu2 mencurah bakti utk anak bangsa tercinta.
Jasa dan pengorbanan kalian, akan sentiasa dikenang sampai bila2.
Kami doakan agar cikgu semua memperoleh kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat serta dipjgkn umur olehNya.

Tahun depan, dah takde la adik2 di primary school. Sumer dah meningkat dewasa. Terasa diri ini semakin menelan usia. Hampir ke penghujungnya... Namun bersediakah diri ini??? [sedikit muhasabah diri]

Tuesday, November 17, 2009

Motivasi Diri

Entry kali ni khas utk diri sendiri dan juga teman2 yg sudi membacanya...
Untuk memberi motivasi kpd diri ini yg sering kali alpa...

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


ADAKAH AKU RASA KECEWA?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang2 yang beriman dengan memberikan syurga utk mereka; mereka berperang di jalan Allah, sebab itu mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yg sebenarnya dari Tuhan di dlm Taurat,Injil dan Quran. Siapakah yg lebih memenuhi janji selain Allah? Sbb itu, bergembiralah kamu terhadap perjanjian yg telah ada antara kamu dgn Tuhan. Dan itulah keberuntungan yg besar.
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Dulu, masa awal2 lepas anakku 'pergi' buat selamanya, selain kekuatan dari suami tercinta, ayat2 inilah menjadi sumber kekuatan dan memulihkn semangat yg hilang.

Friday, November 13, 2009

Tapee vs "Tapai"

Tapee ye a.k.a tapai [org Kg sye panggil ;p]. BUKAN TAPIR ok!

Mgu lepas blk umah mak. dah lame mak bria ajak wat tapee ni.
Die tau menantu die hantu tapee.
Tp yg uniknye, xperlu guna daun getah segala bagai ye...
Skrg dah moden...zaman dah brubah...
Isi bekas je, lg senang. tp quite costing la jgk, kesian mak (-_-)
Kali ni wat 2 versi, 1 +beras pulut hitam, 1 lg warna ijau+putih.
Dua2 sedap! Time kasih mak...
[eleh, mak mesti tersengih tu time baca post ni, hihi]
Time kasih jgk ayah...sbb blk hr tu x smpt nk basuh periuk pengukus ngn brg2 segala mcm tu.
tgl cam tu jek. ayah la yg tlg basuh, bertuah x saye? (~_^)
[xleh harap punye anak, ngeh3]
xper, bg chance kt ayah yg rajin, tie x sey berebut ngn ayah.lalalala

Mak tny, alang2 kukus pulut utk wat tapee, nk mkn pulut kuning jgk x? kalo nk, mak nk kukus pulut kuning skali [kalo org tgnu ni pgl nasi kunyit, nasi ke?? pulut laaaa].
sye ape lg, makanan peberet!
Trus mengangguk dgn cepat.hihi

So...terjadi la seperti org nk wat kenduri kendara di pg jumaat tu. kul 2 ptg abg ariff ngn kak fira sampai umah mak, trus tny "sape plk nk kawen ni?"
Ape? nk wat2 bende cam ni kne tgu org nk kawen je ke??? ;p

So...layan la gmbr kt bwh ni ye.

~Tapee beras pulut~

~Pulut kuning yummy~


Sekian...


Thursday, November 12, 2009

MARA

Alhamdulillah...
Setiap masa kita perlu bersyukur pada Nya.

Pagi td g wat bankdraft.
1 tuk byr IELTS, 1 lg tuk byr pinjaman MARA...

Pastu trus g bangunan MARA KT.
Dah lega 1 lg beban.
Hutang ni beban kn?huh....pening btol memikirknnya~

Utk kwn2 yg masih xtau, skrg MARA tgh wat promosi, byran pinjaman lumpsum dpt intensif 30%. Tempoh intensif ni, dari 1 Sept - 31 Dec 2009. Tau ni pn bl tinjau2 web MARA, terbaca la iklan die psl bende ni..mujur sgt2...mmg la pinjaman MARA ni xde interest cam pt**n tu..yg cekik darah, tp dah alang2 dpt less, byr je la trus.
So sape2 kt luar sane yg nk menikmati intensif ni, silalah berbuat demikian segera kt pejabat MARA negeri msg2.
Cara byran - Tunai / bank draft / banker's cheque.
Byk tu 30%. Dari 5K, td kene byr 3.5K jek.hehe...Alhamdulillah

Wednesday, November 11, 2009

PTPTN

Ahamdulillah...

Dah settle bayar ptptn nie.
Tadi dh paybill through cimbclicks berjumlah RM4,329.11.
Settle 1 hutang rs lega ckit.
kalo x, penat ram otak ni menampung memori dn berputar ligat.huh!

Al-kisahnya, dpt pinjaman ptptn ms sem1+2 1st deg dulu.
Pastu bile dpt JPA, xsettlekn trus sumer, just byr rm3100 je.
So tgl lg balance hutang rm3900.
Yela, ms dl, JPA rm3200 je 1 sem.
Tak mcm skrg, rm4200, kaya wo0o0o...
To kak cik: Dah penat2 kak Ti fight utk dptkn JPA kamu, bila dah dpt ni, bersyukurlah kamu, dan gunakn sebaik mungkin. Study smart, jgn leka!

Back to the topic!
Pastu wat je penangguhan byr blk ptptn. Ingt bila dah settle sume study br nk byr la.
diorg pn dh hntr surat stuju, trima penangguhan.
tup tup!
Ms lam pantang kt umah mentua, ptptn hntr surat.
dlm surat tu suh byr skali gus trus, xblh ansuran by month.
Panas jgk ati time tu.
mane xnye, ada ayat yg menyatakan....
"anda tidak layak untuk membuat bayaran secara ansuran kerana anda sedang menikmati biasiswa skim latihan akademik bumiputra".
Alhamdulillah... sedang menikmati nikmat Allah kn...huh!

xpe la...mmg nk byr, ansuran blh la. lumpsum xmampu la eden~~~
xblh nego langsung. so decided to make a loan sbb blh potong gaji.
[bank rakyat! saya mesti pilih!!! (~_^)]
dr rm3,900, skrg da jd rm4329.11...
byk jgk tu naik!

dah dpt loan tu trus la byr pg td...
sok nk pi byr hutang MARA plk.
byk btl hutang.
wuuuwuwuwuwu.....

Sedikit kecewa dgn layanan ptptn.
Call bape kali call, asek BZ je line.
kalo tau "famous amos" sgt, wat la byk2 line...
Pastu procedur pn leceh jgk, pakai fax segala la plk.
Ape guna ade web sendiri!

p/s: utk sape2 yg nk byr ptptn scr lupmsum, kene fax dl borang permohonan semakan baki kt unit lajer pinjaman ptptn utk tahu jumlah sebenar kene byr, sbb yg kt online tu bukan yg btol2 punye. lg bertambah adela~~~

Tuesday, November 10, 2009

Farewell party besar-besaran

Semalam wat farewell party, tuk sumer yg nk pi further study.
kak Fadhilah...kak Niza[mama Niza]... Nini... dan sbnrnye merangkap utk semua skali la.

Wat portluck.
Masing2 dpt hadiah coz wat tukar2 hadiah.
Nanti layan je la gambar kt bwh k!
Let's photos tell the story...

Members of BT2 yg sentiasa riuh rendah! beshhhh!!!

Eat time~~~

Tuan punye blog makan x hingat dunia sey!


Antara menunye: Spaghetti, laksa penang, puding cooktail, puding caremel, muffin chocolate, makaroni bakar, tapai=tapee [bukan tapir ye!], pengat ubi, kek choc moist cheese very delicious yumyum dan air limau kasturi yg menyegarkan...

Sesi bertukar-tukar present~~~
Bermula dgn mama Niza, bila cabut dpt nama kak Niza...
haish...serasi btol coz name seiras jek!
[lepas ni sesape yg nk tau ape2 resepi, tny je k niza.
die dlm proses mengkhatamkn buku ni]
Rasanye lepas ni bertambah la sorg lg penulis blog tegar,
yg akan update resepi tiap2 hari tanpa jemu.hikhik

Pastu kak Niza cabut dpt nama Huda.
Huda dpt purse vinci dr kak niza, wow!

Turn Huda lak cabut, dpt nama Nini.
Nini dpt rantai...the nice one!

Then, Nini cabut dpt nama Lyn.
Bertuah btol Lyn, dpt 'baju' gitew! hihi

Lyn plk cabut, dpt nama mama Niza.
So kak niza dpt cotton sepasang, cun jgk...
tp sempat ke bw ke UK tu? ;p

Last skali, tgl la 2 org je berbaki.
Dua2 ahli JAMAT.
tak berkembang lor~~~ ;p
Sape lg? Tuan punye blog ngn kak Fadhilah je la..
So kami bertukar2 la hadiah.
Tp serius, ms lam kete yg kak fadhilah sebut purse x beli lg,
trus berdoa, harap2 kak fadhilah la dpt I punye present.
Akhirnya, btol2 dpt.... suke2!


Related Posts with Thumbnails