Wednesday, December 2, 2009

A year he has left us forever

Skrg tgh masukkn bj2 dlm beg. Malasnye rasa nk gi...huh! Mlm ni nk btolak ke kem btn balik pulau, penang utk berkursus kt sane selama 5 hr. start esok 3hb-7hb.

Lepas solat asar td, ms salam2 hubby ckp, dah lama x bjauhan ngn ayg. Die dah start dah.... buat gaya2 yg mcm la sy akn pergi lame...sering menduga isterinya.. Abg jaga diri ek masa 'pengurus' abg ni pegi 'bercuti'. kejaaaap je... Ye...btul tu..dah lame kami xberjauhan. (=.=) Setahun yg lalu. Mmg tepat2 setahun. Tahun lepas, 2 Dec '08, kami kehilangan anak kami Muhammad. Dia pergi meninggalkan kami buat selamanya... Hari tu jgk sy trus blk ke tgnu dan menetap kt cni. Dah xduk Serdang lg dah. Study pn tunggang-langgang skali. Mujur time tu tgh writing... Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yg Allah tentukan.

Ermmm....adus, berair la plk mate ni. Masuk abuk agaknye. Terkenangkan dia...

Tuesday, November 24, 2009

Happy 2nd anniversary


Meeting you was fate,
Becoming your friend was choice,
But....
Falling in LOVE with you was completely out of my control. (~_^)
I love you forever...

Hikhik...jiwang kejap.
Baru semalam rasanya 24/11/07.
Cepat sungguh masa berlalu.
Hari ni genap dua tahun kami menyulam benang2 cinta mahligai perkahwinan ini.

Happy 2nd anniversary to me n my hubby...
Semoga ikatan yg terbina sentiasa utuh selamanya.
Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan dan jodoh kami dunia & akhirat.

Thursday, November 19, 2009

Congratulations to Adeq In...

Tahniah Deq In sbb telah berjaya dapat 5A dlm UPSR.
Dah, selamat sorang lg mendapat 5A.
Mak kata adik call tadi nangis, panic jgk mula2 tu, ingat xdpt 5A.
Oh, rupanya adik nangis kerana terlalu gembira.
Gembira di atas nikmat yg Allah berikan.
Alhamdulillah ya Allah, hamba Mu bersyukur pada Mu di atas limpah nikmat dan kasih sayang dari Mu.
Tahniah jgk buat Mak dan Ayah,
yg sentiasa mendoakan kejayaan dan tidak jemu2 memberi semangat, dorongan dan sanggup berkorban apa saja utk kejayaan kami adik-beradik.

::: E-In, yg pakai bj purple, plg kanan :::
::: In photo: My beloved sibling excluding my oldest bro :::

Utk rekod, SKGD [skolah rendah kami adik-beradik = 6 org] + skolah mak dan her sibling also masa kecik2 dulu, tahun ni merekodkan seramai 25 org mendapat 5A dlm UPSR.
Tak mencapai target~~~ [target 41 org].
Anyway, congrats kt sumer cikgu2 SKGD. Takpe la x capai target pn, dah byk dah ni...
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan cikgu semua kerana tidak jemu2 mencurah bakti utk anak bangsa tercinta.
Jasa dan pengorbanan kalian, akan sentiasa dikenang sampai bila2.
Kami doakan agar cikgu semua memperoleh kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat serta dipjgkn umur olehNya.

Tahun depan, dah takde la adik2 di primary school. Sumer dah meningkat dewasa. Terasa diri ini semakin menelan usia. Hampir ke penghujungnya... Namun bersediakah diri ini??? [sedikit muhasabah diri]
Related Posts with Thumbnails