Friday, March 8, 2013
Braces
Masalah makin kronik bila gigi geraham atas tepi dicabut 1. Gigi depan makin menjarak. wah wah..makin comel rasanya diri ini bila senyum. ^_^ Aku nekad, ada duit satu hari nanti nak jugak pakai braces. Dan akhirnya.. selasa lepas, pakai la jugak.. buat kat klinik ni.. http://www.prestigeortho.com.my/
boleh tahan 6.5K. Erkk..takpe lah bukan selalu pun kn.
Sebelum pakai, misi kt situ ada terangkan langkah penjagaan dan apa pantang larangnya. Pastu misi ckp lagi, lepas 6 jam pakai akan rasa sakit berlanjutan hingga 5-7hari. dan ulser dlm mulut akan berlanjutan hingga 2 minggu.
Lepas pakai, wah wah..memang takley blah. Tak sakit tp sgt2 rimas. mlm tu ingat dah start sakit..tapi alhamdulillah tak sampai ke hari ni pun tak sakit cuma masalahnya aku sgt tak brani nk menggigit. tido meleleh2 air liur. [hehe] rasa bersepah penuh mulut besi2 yg tajam menyucuk ni. MENYESAL? hurm..ada jgk la sikit2, tapi dah pakai kn, takpe laaa..harung je la. Ulser ada kt part hujung geraham. mungkin hujung dawai besi ni menyucuk kt situ. nk pakai wax plk sgt la tak reti sbb rasa sgt sempit part tu..hahaha..macam2 la ko ni izzati =_=
Apa pun tak boleh, nasib baik ada ESP+cinch shake. So..part makan takde la rasa kebulur. cuma kalo tghari tu..aku masak yg lembik2..smlm tofu telur+terung cincang. Pastu mkn tembikai..boleh la..janji kenyang. Mushroom sup segera pun dah standby berkotak2. Boleh la...janji tak lapar tegolek2..hihi
Thursday, February 21, 2013
Happy birthday izz
Akhirnya sampai jua perjalanan bf izz ke garisan penamat. Dah nak start weaning off dah la.Slowly...takley drastik sgt nanti kesian plk izz..huhu..
Ummi dan abah sayang kamu Izz.. Jadi anak yang soleh ye sayang..
With love,
Ummi
Sunday, July 31, 2011
Peraduan Dunia Susu Ibu 2011
Assalamualaikum semua...
Penat sungguh menyiapkan entri kali ini disebabkan banyak komitmen yang perlu diselesaikan sebelum bermulanya Ramadhan. Bak sehari selembar benang, alhamdulillah, akhirnya menjadi kain. Memandangkan hari ni dah 31 Julai, maka perlulah rajin menyiapkan entri ni. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua walaupun hanya sedikit.
Kategori: Bersalin bayi pra matang
Tarikh Lahir Anak: 21 Februari 2011
Ø Bersalin bayi pra matang
Menginjak ke 8 bulan usia kandungan, segala kelengkapan bayi dan ummi baru saja dilengkapkan. Maklumlah, menunggu saat kedatangan orang baru adalah detik yang terindah. Yang abangnya dulu, kami tak sempat sediakan apa-apa. Syukurlah, kalau tak pasti teringat-ingat. Abangnya dulu pun pra matang juga lahirnya...24 minggu. Dan Allah lebih menyayanginya...kami Redho.
Sejak dari awal mangandung lagi, saya dah berazam untuk memberi susu badan sepenuhnya untuk zuriat kami ini. Maka kajian dan persediaan perlu dibuat seawal mungkin. Ada saja kelapangan masa, saya akan memanfaatkan dengan mencari artikel berkaitan penyusuan dan persediaan yang diperlukan. Daripada pembacaan, saya tahu dan faham, saya perlu kuat dan tabah untuk menempuh segala apa yang bakal terjadi.
Saya telah ditakdirkan untuk bersalin awal 5 minggu daripada tarikh yang dijangka. Untuk perjalanan sepanjang detik-detik cemas, bolehlah singgah di sini. Saya dijangka bersalin pada 23 Mac 2011. Namun, di pagi Isnin itu, 21 Februari 2011 lahirlah putera kami yang diberi nama Harun Izzuddin secara kelahiran normal. Alhamdulillah... Allah permudahkan segala urusan kami. Ketika itu, kandungan berusia 35+ minggu. Maka, istilah yang diberi untuk bayi kecil ini adalah pra matang walaupun tidak perlu menghuni inkubator. “Anak sihat dah cerdas, denyut nadi juga normal, awak bernasib baik”, beritahu Dr sebaik saja pemeriksaan ke atas bayi dilakukan. Alhamdulillah...
Selepas ditolak masuk ke bilik tidur, jururawat membawa bayi kepada saya. Maka bermulalah episod baru, pengembaraan seorang ummi ;) Perkara pertama adalah menciumnya dan terus merapatkan ke dada. Ya Allah, hamba Mu ini kagum dengan Mu. Bayi yang baru lahir ini, tanpa diajar, pandai sungguh menghisap. Di saat itu, sekali lagi air mata ini menitis, tatkala merasai nikmatnya memberi susu badan untuk zuriat sendiri. Susu memang agak sedikit saja keluar, namun saya yakin, insyaallah pasti akan banyak.
Ø Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)
Kami bertiga (saya, suami dan anak) hanya bermalam semalaman di hospital, walaupun pakej yang diberi adalah 3 hari 2 malam. Keesokannya, mak dan ayah saya sampai dari Kelantan. Maka kami pulang ke rumah. Hari ke-3, jururawat klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan. Izz didapati ada jaundis paras dada. Petang tu kene gi ambik darah dan bacaannya 132 umol/L. Masih rendah namun perlu ambil bacaan Bilirubin hari ke-5.
Tali pusat tanggal hari ke-5. Orang kata, bila tali pusat dah tanggal, bacaan jaundis akan berkurangan. Tidak! Ianya baru bermula. Untuk risiko jaundis pada darah ibu dan bayi – tidak ada kerana kami berdua berdarah A. Namun, saya akur, Izz berisiko tinggi untuk jaundis sebab PRA MATANG. Dan penawarnya adalah susu ibu. Namun susu ini tidak juga banyak dan tidak juga membengkak seperti sesetangah orang walaupun telah berurut untuk merangsangnya.
Hari ke-5, kami bertolak balik ke Kelantan untuk berpantang di sana. Perjalanan Penang-Kelantan sungguh memenatkan dan menyakitkan. Dalam keadaan yang masih lemah dan luka yang belum sembuh, saya gagahkan jua untuk menyusukan anak sepanjang perjalanan. Bacaan darah tidak diambil hari ke-5 sebaliknya hari ke-6 kerana kesuntukan masa. Bacaan makin meningkat. Esoknya (hari ke-7), bacaan naik mendadak ke 360umol/L. Izz perlu dimasukkan ke wad HUSM untuk rawatan lanjut. Saya merayu untuk tinggal di sana kepada pihak hospital memandangkan jumlah katil terhad dan saya tak bersalin di sana. Alhamdulillah dapat. Tujuan saya hanya satu, menyusukan Izz sepenuhnya. Ya saya tahu, Izz dan saya perlu kuat!
Izz ditahan di wad NICU untuk semalaman. Lampu biru diberi atas dan bawah. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya rahim ketika itu akibat berjalan dari wad menginap ke NICU semata-mata untuk menyusukan Izz. Saya hanya pulang ke wad setelah malam, itu pun selepas tinggalkan beberapa titis susu badan untuk bekalan malam. Susu masih di tahap yang sama, amat sedikit. Malam ke-2 di wad, saya diberitahu, bacaan anak dah sedikit turun dan akan dihantar ke wad biasa bersama saya. Hati lega sedikit sebab dah tak perlu berjalan jauh untuk munyusukan Izz.
Setiap 1-2 jam saya kejutkan Izz untuk menyusu. Pinggang sakit dan kaki kebas akibat struktur katil yang agak tinggi dan melengkung. Sukarnya untuk tidur dan merehatkan badan. Hanya Allah yang tahu. Namun saya perlu tabah kerana Izz bergantung pada saya. Berkat pertolongan Allah dan khasiat susu ibu, bacaan jaundis Izz makin turun, namun agak perlahan. 6 hari kami menginap di sana.
Petang hari ke-6, kami dibenarkan pulang setelah bacaan jaundis turun ke 220umol/L. Namun perlu ke klinik kesihatan untuk memantau perkembangan. Izz mengalami ‘prolonged jaundis’. Hari ke-17, bacaannya adalah 162umol/L. Maka dah boleh tutup buku. Alhamdulillah...dah tak perlu ke klinik untuk ambik darah lagi.
Ø Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah
Untuk juandis, tiada lain melainkan kita perlu menyusui anak dengan susu ibu. Bersungguh-sungguh, yakin serta banyakkan sabar walaupun susu ketika itu tidak meriah. Saya hampir berputus asa dalam menyusui anak dek kerana susu yang sedikit. Pelbagai cara dilakukan. Pam juga bertukar ganti untuk mencari keserasian. Daripada Avent manual, Pureen elektrik dan akhirnya Spectra 3 pum berganda.
Vitamin dan makanan tambahan juga banyak, apa saja akan saya cuba. Pil ASI, soya Melilea, set lengkap Shaklee untuk tambah susu, kurma, lobak putih, pegaga, teh pegaga, teh kurma dan longan dan pelbagai lagi telah saya cuba. Air masak diminum seperti yang disarankan. Doa juga tidak lekang dibibir ini. Namun hasilnya sama, belum lumayan. Stok juga ada lebih kurang 10 botol yang 3oz. Setiap hari paling kurang saya akan pam 3 kali pada waktu siang. Jika malam atau hujung minggu, kalau Izz menyusu, sebelah lagi akan dipam. Tips ini agak berkesan untuk merangsang pengeluaran susu. Saya tetap bersyukur sebab dapat meneruskan penyusuan ini walaupun sedikit. Saya yakin, Allah menguji hambaNya sebab Dia sayang ^_^.
Izz kuat menyusu hampir setiap jam waktu siang jika bersama saya. Untuk bangun malam dan mengepam memang tak dapat sebab Izz akan bangun untuk menyusu selang 2 jam. Selepas mengambil produk Shaklee untuk tambah susu, Alhamdulillah, susu makin pekat dan Izz minum sikit, dan nampak perubahan dia cepat kenyang. Namun ianya tidak memenuhi tuntutan minumnya.
Saya terpaksa dengan hati yang sedih memberi Izz susu formula. Kalau di rumah pengasuh, saya bekalkan susu yang dipum hari sebelumnya 4 atau 5 botol (3oz) bergantung pada hasil pendapatan. Biasanya pengasuh akan bagi susu formula bila dah lewat petang dan saya belum sampai lagi. Penggunaan susu formula hanyalah 10%+90% susu ibu. Kalau kat rumah, memang saya bagi terus je, takde guna susu formula.
Tapi Izz pandai sekarang ni, bila petang je, dia sanggup tunggu umminya ni sampai rumah pengasuh baru nak menyusu. Bila pengasuh bagi susu formula, mulalah dia buat muka dan tolak dengan lidah. Susu formula hampir tak luak.
Ø Sokongan yang diperolehi
Suami, keluarga terutamanya mak dan kawan-kawan memang banyak bagi sokongan padu. Banyak nasihat berguna yang saya dapat daripada kawan-kawan. Malah pam Spectra 3 juga adalah hadiah daripada suami tersayang sebab kesian tengok isterinya ni lenguh tangan menggunakan pam manual. Teringat sewaktu kat hospital masa Izz jaundis, jururawat banyak bagi penerangan berkaitan penyusuan dan teknik-teknik ang betul. Sewaktu mengapam, ada yang datang mengurut belakang dan bahagian bawah leher. Ya, teknik ini memang membantu pengaliran susu badan.
Ø Gambar berkaitan penyusuan
Gambar ni Izz tengah menyusu - diambil sewaktu Izz dalam wad. Saya memang jarang buka penutup matanya sebab, bila buka je memang dia nangis-nangis sampai saya tak sampai hati untuk tutup balik.
Jadi menyusu lah Izz dalam keadaan mata tertutup. Cuma saya longgarkan bahagian atas atau bawah saja supaya dia dapat lihat muka saya.
Ø Tag seberapa ramai kawan untuk mempromosi penyertaan anda dan menyebarkan ilmu anda pada kawan-kawan
Semua kawan-kawan yang sempat baca entri ni sebelum 1 Ogos bolehlah menyertainya. Harap maaf sebab terlewat mempromosi.
Monday, April 11, 2011
Stress out!
tension sbb tak blh buat keje umah.
tension sbb penat.
tension sbb ngantuk.
huhu...
ya Allah...bantulah hamba mu ini.
Berikan daku kesabaran dan kekuatan utk membesar dn mendidik zuriat dr Mu ini.
izzuddin...nk ummi tukar nama jd ahmad albab ke?huhu
kenapa kamu suka sgt nanges uwee uwee uweee....
syg lapar ke?
syg basah ke?
syg kembung perut ke?
syg demam ke?
syg sakit ke?
tak...tak...tak...
kalo semua tak, knapa syg takmo co-operate langsung dgn ummi. T_T
izz: saja la ummi...sbb izz sayang ummi.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa[ummi plk yg melalak]
asyik nk nyutnyut 24jam.
tercabut je nipple dr mulut trus la melalak smpai org2 blok ni pn da tau syg mmg kuat nanges.
kalo syg tido mlm, start dr subuh smpai ke ptg syg takmo tido.
kalo syg lena siang, mlm plk syg nk nyutnyut ummi je.
cerahnye mata syg bjaga mlm.-syg qiam ke ni?-
smpai ummi sakit pinggang, lenguh badan, pening2!
mata bulat je mengharapkan ummi ambik, peluk, cium, bg susu.
biarla perut syg da kenyang pn, syg tetap nk nyutnyut.
sampai syg da muntah susu sbb terlalu kenyang~
ummi bg puting plastik, syg tolak dgn lidah, tempis dgn tangan.
=pandai ye syg=
apa lg yg blh ummi buat.
semua keje ummi susah nk buat.hatta nak solat pn syg nanges.huhuhuhuhu
ummi sedih, risau, gusar, tensi, geram nk ngamuk!
ummi penat la mcm ni...sakit pinggang. sakit badan. letih. ngantuk. pening.
kesian abah, ummi slalu marah abah sbb tension dgn kamu ni sayang.
bila masa ummi nak study kalo mcm ni.
kalo syg nanges, org2 kt sini mesti ckp ummi tak reti jaga anak.
kalo ummi nanges, jiran2 mesti ckp ummi da tak betol.
ya allah...ya Allah...ya Allah...
hambaMu ini sentiasa mengharapkan belas dan simpati dari Mu yg maha pengasih lg maha mengasihani...amiin...
ok dah! full stop!
menaip gune sebelah tgn penat jgk ek~phuewwwwwwwwww
Monday, March 7, 2011
Pengalaman terindah
Kejap je masa berlalu. Hari ni dah masuk hari ke-15 saya bergelar ummu Izz.
Apa yg sy rasa? Seronok! New life has begun~ Tido mlm tu mcm di awang-awangan je. Tido bgn tido bgn. Anak tido sy pn lelap la... Izz plk nyusu nye mmg lama. Sakit pinggang dibuatnye. Nak nyusu sambil baring, dia kecik sgt + rasa kekok sbb dia mcm lemas jek. Tunggu la besar2 sikit ye izz, kita praktikkan style ni plk. ^_^
Smlm abah Izz blk. Kesian dia, sampai pg ahad, mlmnye da naik bus blk... cuti weekend sehari jek. So seharian je la duk berkepit ngn si comel ni. Tak sempat tido pn dgn anak dia ni. Sabar ye bang...nanti kami balik ye.
Seperti yg dijanjikn, sy nak kongsi pengalaman indah detik2 bergelar ummi.
Saya selamat bersalin pagi Isnin, 21Feb2011. Ngam2 30days to go to the due date yg sepatutnye[duedate:23.3.11]. Awal bebeno anak kecil ini nk lihat dunia. Alhamdulillah...semua urusan dipermudahkn oleh Nya.
Kalo org tny, byk tak sy mgidam time preggy, jujur sy ckp tak. Sbb sy hy mnigam bukan benda yg susah nk cari. idamkn benda2 yg mmg sy rasa blh dapat. Kalau agak2 terlintas benda yg pelik2 yg susah utk cari, cepat2 alih mind set sbb takut bila tak dpt, akan rs frust yg amat plk kn. Tp 2 3 hari b4 Izz keluar, time ni byk mngidam.hehe...
Hari jumaat b4 delivered, sy kol hubby ckp nk mkn durian ptg tu. Abg cari la kat pasar mane2 ek durian. Rasa nk mkn sgt durian. Ptg tu hubby blk dgn sebiji durian-sederhana besar. Dia jumpa org jual kt pasar mlm. Alhamdulillah... Half mkn mlm tu, halfnye simpan mkn esoknye. Hihi...kuat mkn btol time tu.
Sabtu tu plk rasa nk mkn takoyaki. Mmg b4 ni bila lalu je kat tako stall tu, pandang pn x tringin. tp nk buat mcmne, bila da tringin, kene la penuhi jgk. Serius sy x penah try pn tako ni. seb baik duk penang ade JJ. sng la nk bli tako. cube time ni duk tgnu, mau kuar air mata darah pn blm tentu dpt T_T. So mlm tu lepas hubby blk keje, trus la ke JJ Queensbay Mall semata2 nk bli tako. alang2 bli, try la 2 jenis. yg octopus ngn chicken. Serius lepas ni mmg da tak rasa teringin sbb takde la sedap mane pon. Kembang je tekak bile mkn byk2.
On da way blk dr QM, sy ckp kt hubby, pg esok nk mkn roti canai mamak. hubby ckp ok. Ye la weekend kn. So, pg2 ahad tu sy bg hubby tido dl kejap, pastu kuar cari roti canai. Hai...patut la Izz ni berbulu lebat, kenan mamak2 penang ni agaknye. adeh!
Tghari tu blk masak lunch. Semenjak duk png, tak penah lg serajin ahad tu. Masak beria plk tu. Pastu anak sepupu msg nk dtg umah, so goreng plk mee lepas lunch tu. Diorg sampai dkt kul 4ptg. Mlm tu tgk mee byk lg lebih, so panaskn je la mee tu blk. Kul 7 mlm kami dinner ngn mee goreng. Mlm tu dah tak mkn ape2 dah.
Nak dijadikn crita, mlm tu tido, tiap jam sy bgn kencing. Hati tertanya2, byk sgt ke sy minum sampai asek nk kencing je ni. 3.30 a.m, sy da tak blh lelap mata. Bilik rasa sejuk sgt. nak off aircond, dgr hubby tido lena, kesian plk. So sy decide utk bangun study.
Bangun je, basuh muka, on laptop. Dlm kul 4, perut memulas nk buang air besar la plk. Masuk toilet, daqa' hajat ape yg patut. erm...alang2 bgn awal ni solat hajat la kejap. Lepas solat, rasa nk ngaji la plk. So sy sempat la habiskn surah Maryam ngn Yasiin pg tu... time ngaji tu sy da dpt rs contraction. Sakit memulas kejap2. eh btol ke aku nk bsalin ni?huhu...awalnye...blm packing ape lg pn ni. Tp ms sy ckp, adui...knape sakit ni, hubby terjaga. Dia tny da nk bsalin ke? sy ckp tak lg kot... pastu trus la ngaji, sambil tgk jam. sy dpt rasakn contraction ada <10minit sekali dan consistent. Ingt nk tgu subuh trus, tp maklum la, subuh kn lewat time tu. so sy kejut hubby suh ambik beg atas almari. Rasa nk packing pakaian la. Mane tau kot2 mmg terbersalin awal. Packing la sambil menahan sakit. Bila sakit, sy berenti. Pastu tak sakit blh lg borak2 n packing brg.
Sy ckp kt hubby, main2 jee ni kot. Tp dlm hati da rasa mmg akan bsalin hr ni sbb rasa yg sama mcm pgalaman yg lepas. Cuma cek, takde discharge ape2. Pastu sy ckp lg, kalo tak turun tanda lg, abg gi la keje dl. tp kalo da turun tanda, tak pyh pegi la. Kul 6, sy mandi. time ni ade la ckit discharge lendir putih+darah. tp sikit je la. Trus ckp kt hubby tak pyh gi keje, kita gi spital. Lepas sy mandi, hubby mandi... Sambil nk tunggu solat bjemaah ngn hubby, sambung packing ape yg patut dgn segera. Contraction da makin kerap. Hubby kuar toilet ckp tak pyh solat la, sbb sy da mengerang kesakitan. Rasa dah tak leh duduk tenang. nk kene bjalan je. So hubby je yg solat. Sedih plk rasa. Terlintas d hati, mana tau ini subuh terakhirku, alangkah ruginya aku...tp hubby suh qada' ja nnti bila dah tak sakit. Sempat mintk maaf ngn hubby dlm kekalutan itu.
Kul 7 pg, siap packing brg, sy mkn kurma 7 biji ngn minum air zamzam b4 turun ke hospital. Ms nk turun, minum myk selusuh sesudu kecik, tu pn cepat2 je takut sakit dtg blk. Ambik kunci kete trus standby. Bila da tak sakit, trus buka pintu umah dn cepat2 turun tangga gi masuk kete. Almaklumla duk tingkat 1. Pastu hubby dtg dgn brg2 kelengkapan. Mujur la Pearld Maternity hospital dekat je. Dlm 5 minit je dr umah. tp dekat2 pn, 3 kali jgk contraction dlm kete tu. tp kalo pegi GH rasanye mmg beranak dlm kete sbb time tu kan jem, pastu kalo time xjem pn da dkt 30 minit nk ke GH penang kat Georgtown tu.
Sampai spital 7.15a.m, nurse tolak ngn wheelchair utk gi check jalan. Check2 da 7 cm...huhu...seb baik tak branak kt umah la kan....Pastu diorg observed contraction n heartbeat bb. Sepanjang menunggu tu, rasa sakit nk meneran. Tp diorg tak bg teran, diorg ckp nnti rahim bengkak kalau teran tak full lg. so duk menahan tak bg teran tu yg sakit. Diorg tny last mkn kul bape, sy ckp kul 7, mkn mee. Diorg ingt 7 pg, pastu terkejut bila sy ckp 7 mlm. Diorg takut sy xde tenaga nk push, so tny sy nk mkn/minum tak, sy jwb tak. Smpt sy dgr diorg ckp da full, tp Dr blm sampai. Dr Rosita blk mandi...so diorg agak kelam kabut. Diorg call Dr, Dr suh tolak masuk LB sbb die dah on da way nk sampai.
Masuk je LB, time tak sakit tu cepat2 lompat atas bed, Dr pn sampai. Dr check da full, so dia ckp nk pecahkn waterbag. Dan Dr pesan, kalo contraction je trus push. Mengalir je air ketuban yg suam2 panas tu, rasa sakit dtg blk... 2 kali push, @8.45a.m. keluar la si comel ni seberat 2.5kg...alhamdulillah...
Alhamdulillah dipermudahkn oleh Allah. diberi rasa sakit yg sekejap dan flow perjalanan yg sungguh mudah dan teratur. Lepas je bb Izz keluar, terlintas rasa nk bersalin lg.adeh! parah ni~ sila abiskn PhD dulu ye ummi! (^_~)
Putera kami ini telah diberi nama Harun Izzuddin... Jadi anak yg soleh, yg pintar, yg beriman ye sayang...
Monday, February 21, 2011
syukur alhamdulillah...
Delivered time --> 8:45a.m
Normal delivery
Weight --> 2.5kg @35weeks5days [tak sabo nak lihat dunia]
condition right now...stabil...alhamdulillah....
ok nanti ummi ceritakn pengalaman terindah ini di lain n3.
skrg bowink sbb bb kene observed...so dtg minum susu jek kt blk ni.uhuk!
doakan ummi n baby cepat sihat ek. tq semua...





