Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Panduan Suami baik...

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
  • Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
Credit to Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Tuesday, August 2, 2011

Bisnes

Dulu-dulu punye citer,
time jd kanak2 rebina,
kalo org tny nak jd apa bila besar nanti.
Saya mesti jawab nak jd doktor...tak pun bisneswoman...
woho0o...cita2..menggunung!
tp study malas.
pakai main serap ilmu dr buku melalui tido.
biar x baca, janji buku jd teman tido.
Tp skrg? hurm....insyaAllah...harap dpt la jd "Doktor" jgk nanti, amin...

Terfikir nak wat bisnes utk topup famili income.
serius! monthly salary+elaun cuti blaja tak cukup..
tgh bln kering kontang bak padang pasir gurun shara.
korek lubang sana sini.
mujur de lubang yg blh dikorek.
huhuhu...xmo sedih2!
alhamdulillah...mmg sy bersyukur dgn kehidupan skrg.

Bisnes ape ye?
hurm...
yg sy nampak bisnes makanan sbb kat cni makanan mmg 'kureng' rasanye.
nini suh sy jual ns kerabu.
hurm...leceh la plk rsnye ns kerabu...
byk perkakas d perlukan.
kelapa...tumis...kerabu ulam2 tu...
nasi biasa2 je la ok dah.
tp xmo la ns lemak.
dgr je pon dah muak.
kt cni mmg 'pakar' ns lemak [biar pn xbest]
kek? best jgk tu.
blh asah minat dn +side income.
bisnes online? hurm..nak jual ape?
skrg ni jual ape sj pon laku.
janji rajin.
rajinkah Nur Izzati???
tp...Izz mcmne?
study pon lintang pukang lg.haha...
ade hati.

ish, tp org lain ok je? knape saya tak blh?hurm....
xper...niat suci murni tu yg penting..kehkeh.
Doa tanda usaha, tak mendatangkan apa2 hasil *wink2!*
kwn2, ada cdgn tak?

Sunday, July 31, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Assalamualaikum semua...

Penat sungguh menyiapkan entri kali ini disebabkan banyak komitmen yang perlu diselesaikan sebelum bermulanya Ramadhan. Bak sehari selembar benang, alhamdulillah, akhirnya menjadi kain. Memandangkan hari ni dah 31 Julai, maka perlulah rajin menyiapkan entri ni. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua walaupun hanya sedikit.


Kategori: Bersalin bayi pra matang

Tarikh Lahir Anak: 21 Februari 2011


Ø Bersalin bayi pra matang

Menginjak ke 8 bulan usia kandungan, segala kelengkapan bayi dan ummi baru saja dilengkapkan. Maklumlah, menunggu saat kedatangan orang baru adalah detik yang terindah. Yang abangnya dulu, kami tak sempat sediakan apa-apa. Syukurlah, kalau tak pasti teringat-ingat. Abangnya dulu pun pra matang juga lahirnya...24 minggu. Dan Allah lebih menyayanginya...kami Redho.


Sejak dari awal mangandung lagi, saya dah berazam untuk memberi susu badan sepenuhnya untuk zuriat kami ini. Maka kajian dan persediaan perlu dibuat seawal mungkin. Ada saja kelapangan masa, saya akan memanfaatkan dengan mencari artikel berkaitan penyusuan dan persediaan yang diperlukan. Daripada pembacaan, saya tahu dan faham, saya perlu kuat dan tabah untuk menempuh segala apa yang bakal terjadi.


Saya telah ditakdirkan untuk bersalin awal 5 minggu daripada tarikh yang dijangka. Untuk perjalanan sepanjang detik-detik cemas, bolehlah singgah di sini. Saya dijangka bersalin pada 23 Mac 2011. Namun, di pagi Isnin itu, 21 Februari 2011 lahirlah putera kami yang diberi nama Harun Izzuddin secara kelahiran normal. Alhamdulillah... Allah permudahkan segala urusan kami. Ketika itu, kandungan berusia 35+ minggu. Maka, istilah yang diberi untuk bayi kecil ini adalah pra matang walaupun tidak perlu menghuni inkubator. “Anak sihat dah cerdas, denyut nadi juga normal, awak bernasib baik”, beritahu Dr sebaik saja pemeriksaan ke atas bayi dilakukan. Alhamdulillah...


Selepas ditolak masuk ke bilik tidur, jururawat membawa bayi kepada saya. Maka bermulalah episod baru, pengembaraan seorang ummi ;) Perkara pertama adalah menciumnya dan terus merapatkan ke dada. Ya Allah, hamba Mu ini kagum dengan Mu. Bayi yang baru lahir ini, tanpa diajar, pandai sungguh menghisap. Di saat itu, sekali lagi air mata ini menitis, tatkala merasai nikmatnya memberi susu badan untuk zuriat sendiri. Susu memang agak sedikit saja keluar, namun saya yakin, insyaallah pasti akan banyak.


Ø Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)

Kami bertiga (saya, suami dan anak) hanya bermalam semalaman di hospital, walaupun pakej yang diberi adalah 3 hari 2 malam. Keesokannya, mak dan ayah saya sampai dari Kelantan. Maka kami pulang ke rumah. Hari ke-3, jururawat klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan. Izz didapati ada jaundis paras dada. Petang tu kene gi ambik darah dan bacaannya 132 umol/L. Masih rendah namun perlu ambil bacaan Bilirubin hari ke-5.


Tali pusat tanggal hari ke-5. Orang kata, bila tali pusat dah tanggal, bacaan jaundis akan berkurangan. Tidak! Ianya baru bermula. Untuk risiko jaundis pada darah ibu dan bayi – tidak ada kerana kami berdua berdarah A. Namun, saya akur, Izz berisiko tinggi untuk jaundis sebab PRA MATANG. Dan penawarnya adalah susu ibu. Namun susu ini tidak juga banyak dan tidak juga membengkak seperti sesetangah orang walaupun telah berurut untuk merangsangnya.


Hari ke-5, kami bertolak balik ke Kelantan untuk berpantang di sana. Perjalanan Penang-Kelantan sungguh memenatkan dan menyakitkan. Dalam keadaan yang masih lemah dan luka yang belum sembuh, saya gagahkan jua untuk menyusukan anak sepanjang perjalanan. Bacaan darah tidak diambil hari ke-5 sebaliknya hari ke-6 kerana kesuntukan masa. Bacaan makin meningkat. Esoknya (hari ke-7), bacaan naik mendadak ke 360umol/L. Izz perlu dimasukkan ke wad HUSM untuk rawatan lanjut. Saya merayu untuk tinggal di sana kepada pihak hospital memandangkan jumlah katil terhad dan saya tak bersalin di sana. Alhamdulillah dapat. Tujuan saya hanya satu, menyusukan Izz sepenuhnya. Ya saya tahu, Izz dan saya perlu kuat!


Izz ditahan di wad NICU untuk semalaman. Lampu biru diberi atas dan bawah. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya rahim ketika itu akibat berjalan dari wad menginap ke NICU semata-mata untuk menyusukan Izz. Saya hanya pulang ke wad setelah malam, itu pun selepas tinggalkan beberapa titis susu badan untuk bekalan malam. Susu masih di tahap yang sama, amat sedikit. Malam ke-2 di wad, saya diberitahu, bacaan anak dah sedikit turun dan akan dihantar ke wad biasa bersama saya. Hati lega sedikit sebab dah tak perlu berjalan jauh untuk munyusukan Izz.


Setiap 1-2 jam saya kejutkan Izz untuk menyusu. Pinggang sakit dan kaki kebas akibat struktur katil yang agak tinggi dan melengkung. Sukarnya untuk tidur dan merehatkan badan. Hanya Allah yang tahu. Namun saya perlu tabah kerana Izz bergantung pada saya. Berkat pertolongan Allah dan khasiat susu ibu, bacaan jaundis Izz makin turun, namun agak perlahan. 6 hari kami menginap di sana.


Petang hari ke-6, kami dibenarkan pulang setelah bacaan jaundis turun ke 220umol/L. Namun perlu ke klinik kesihatan untuk memantau perkembangan. Izz mengalami ‘prolonged jaundis’. Hari ke-17, bacaannya adalah 162umol/L. Maka dah boleh tutup buku. Alhamdulillah...dah tak perlu ke klinik untuk ambik darah lagi.


Ø Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah

Untuk juandis, tiada lain melainkan kita perlu menyusui anak dengan susu ibu. Bersungguh-sungguh, yakin serta banyakkan sabar walaupun susu ketika itu tidak meriah. Saya hampir berputus asa dalam menyusui anak dek kerana susu yang sedikit. Pelbagai cara dilakukan. Pam juga bertukar ganti untuk mencari keserasian. Daripada Avent manual, Pureen elektrik dan akhirnya Spectra 3 pum berganda.


Vitamin dan makanan tambahan juga banyak, apa saja akan saya cuba. Pil ASI, soya Melilea, set lengkap Shaklee untuk tambah susu, kurma, lobak putih, pegaga, teh pegaga, teh kurma dan longan dan pelbagai lagi telah saya cuba. Air masak diminum seperti yang disarankan. Doa juga tidak lekang dibibir ini. Namun hasilnya sama, belum lumayan. Stok juga ada lebih kurang 10 botol yang 3oz. Setiap hari paling kurang saya akan pam 3 kali pada waktu siang. Jika malam atau hujung minggu, kalau Izz menyusu, sebelah lagi akan dipam. Tips ini agak berkesan untuk merangsang pengeluaran susu. Saya tetap bersyukur sebab dapat meneruskan penyusuan ini walaupun sedikit. Saya yakin, Allah menguji hambaNya sebab Dia sayang ^_^.


Izz kuat menyusu hampir setiap jam waktu siang jika bersama saya. Untuk bangun malam dan mengepam memang tak dapat sebab Izz akan bangun untuk menyusu selang 2 jam. Selepas mengambil produk Shaklee untuk tambah susu, Alhamdulillah, susu makin pekat dan Izz minum sikit, dan nampak perubahan dia cepat kenyang. Namun ianya tidak memenuhi tuntutan minumnya.


Saya terpaksa dengan hati yang sedih memberi Izz susu formula. Kalau di rumah pengasuh, saya bekalkan susu yang dipum hari sebelumnya 4 atau 5 botol (3oz) bergantung pada hasil pendapatan. Biasanya pengasuh akan bagi susu formula bila dah lewat petang dan saya belum sampai lagi. Penggunaan susu formula hanyalah 10%+90% susu ibu. Kalau kat rumah, memang saya bagi terus je, takde guna susu formula.


Tapi Izz pandai sekarang ni, bila petang je, dia sanggup tunggu umminya ni sampai rumah pengasuh baru nak menyusu. Bila pengasuh bagi susu formula, mulalah dia buat muka dan tolak dengan lidah. Susu formula hampir tak luak.


Ø Sokongan yang diperolehi

Suami, keluarga terutamanya mak dan kawan-kawan memang banyak bagi sokongan padu. Banyak nasihat berguna yang saya dapat daripada kawan-kawan. Malah pam Spectra 3 juga adalah hadiah daripada suami tersayang sebab kesian tengok isterinya ni lenguh tangan menggunakan pam manual. Teringat sewaktu kat hospital masa Izz jaundis, jururawat banyak bagi penerangan berkaitan penyusuan dan teknik-teknik ang betul. Sewaktu mengapam, ada yang datang mengurut belakang dan bahagian bawah leher. Ya, teknik ini memang membantu pengaliran susu badan.


Ø Gambar berkaitan penyusuan



Gambar ni Izz tengah menyusu - diambil sewaktu Izz dalam wad. Saya memang jarang buka penutup matanya sebab, bila buka je memang dia nangis-nangis sampai saya tak sampai hati untuk tutup balik.

Jadi menyusu lah Izz dalam keadaan mata tertutup. Cuma saya longgarkan bahagian atas atau bawah saja supaya dia dapat lihat muka saya.


Ø Tag seberapa ramai kawan untuk mempromosi penyertaan anda dan menyebarkan ilmu anda pada kawan-kawan


Semua kawan-kawan yang sempat baca entri ni sebelum 1 Ogos bolehlah menyertainya. Harap maaf sebab terlewat mempromosi.

Wednesday, May 11, 2011

Susah atau senang, berdoalah...

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, sembuhkan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH

Ameen ya Rabbal'alameen...

Sunday, March 20, 2011

Catatan seorang suami - Jika isteri menangis di hadapanmu


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,

jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

~Dari sahabat buat sahabat~

Wednesday, February 16, 2011

Odei Anak - by Raihan

Lately suka dgr nasyid ni.
Entah knapa, bile dgr lagu ni je mesti rasa sebak... T_T

Odei anak by Raihan...

Hai anak nokeiloh ko idaah
Nosusah moti yamamu megentian dika
Odei anak nokeiloh ko idaah
Nosusah tomod yamamu minaganak dika

Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi

Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu

Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu

Kini kau dewasa ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Syurga itu di bawah tapak kakinya

Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa mendoakan hari akhiratmu

Friday, December 17, 2010

Kehidupan baru

Baru sj selesai memulakan kehidupan baru kt penang ni.
7/12/10 ptg dkt nk maghrib, abg bertolak ngn van from tgnu, pindah brg je dl ke png.
Hijrah kami sempena awal muharam mlm tu...
Umah di mutiara perdana apt area sg ara, bayan lepas. Sesiapa yg berkunjung ke cni, jemput la dtg umah.
Sabtu, 11/12/10 kami bertolak dr Klantan-penang. Sampai cni da dkt 4 ptg sbb byk brenti2.
Ahad, jumpe owner umah. Pastu kemas la dl mane yg termampu... Sampai skrg pon barang2 masih lintang-pukang. Ms nk daftar isnin tu pon xjumpe cr baju kurung, lupe isi kotak mane.
mode umah: tongkang pecah

Isnin, daftar kt IPS USM, wat kad matrik n bla bla bla...ujan renyai2 menyukarkn pergerakan.
Selasa, jumpa SV terchenta. muahahaha...cuak gle 1st time jumpe. Memule plan nk jumpe ptg isnin, skali beliau ade bengkel la plk.
::: Tak tau pn mcmne rupe org nye. haish! di buatnye berlanggar bontot kete siap gaduh2 ke dl pg tu kat parking, pastu jumpe kt bilik, oh tidak! ini bukan drama ok! :::
Nice, baik orgnye n peramah. Alhamdulillah... n 1st task da dpt da...berjela2 kt ketas she wrote up utk student kesayangan nye ni. =_=
Ayat2 cinta from my beloved sv yg buat ku termimpi2 mlm tu: "I prefer to suggest for termination if there is no progress within 1st year study." uwaaaaaaaa....takot weiiiii....

Rabu, pi cr buku kt libry. Pastu hntr fotocopy trus. Dah pegi ptg slasa tu tp tersilap libry...rupenye ade 2 libry kt cni. seb baik mgu ni blh pakai driver lg. kalo x...mahu sesat jalan dan tak tau nk kembali ke pangkal jalan dah...huhu.. mgu dpn abg da start keje, waduh2! parah nie...

Khamis, pi check up prenatal. Klinik kesihatan dekat je ngn umah, xsampai 5 minit pon. Since everything is fine, so cepat jek siap. Baby da 26weeks+. 2mgu lg masuk 3dr trimester, insyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amiin...

Kat cni, blm jumpe kdai mkn yg btol2 blh masuk ngn tekak. Skrg ni mkn je ape yg ade, janji kenyang. Pepagi da masuk nasi lemak sbb kt cni, itu je la yg ade selain roti canai. mane tak gemssss...sadis btol! ns lemaknye sambal ikan bilis adela 3 ekor anak bilis ngn telur yg dikerat 10 kot. itu sj ok! timun pon tadak.

Masak-memasak? blm start lg. dapur pn tak pasang lg. maaf ye sayang...kita mkn kt luar je la dl yer~ pg, tghari, mlm...sumer pn bungkus atau mkn kt kdai...

Pg td gi usm nk ambik buku..tak siap lg.janji pg td...adei la... then g jumpe nini yg slim itu. hubby suh blaja ngn nini suh jd kurus cam nini. yeee...tau la sy gemok! baju2 skrg ni kalo pakai yg butang depan tu mmg kene pastikn butang tu dijahit kemas, takut terburai dipertengahan jalan... =_=
Semuanya rs ketat la skrg ni...haish! bertukar uniform!!!

Stakat ini dl update utk kali ini...

Tuesday, November 16, 2010

Al-kisah nasi ayam

Tajuk entry adalah dirujuk ;p~
hikhik!

Skrg tgh packing brg utk blk kg. sambil2 update blog.haha...

Yes!yes!yes!

Raya kali ni dgn gumbiranya sy mengumumkn utk beraya di klate bumi bertuah setelah sekian lama kene beraya 1st [pepagi ry yg syahdu tu hokeh!] di rumah mentua... sbb nye..taun ni mentua dua2 pegi mekah... semoga mereka mendapat haji yg mabrur..ameen...

Adik2 ade 2 org kt umah ni. nk blk sesame ptg ni la. Mak...tunggu kami ye...
anim-ambik ptg kames coz da start cuti. kak cik-sampai pg jumaat dr shah alam semata2 nk mkn ns dagang tgnu. apekah?

So jumaat tu time lunch merajinkn diri utk buat ns ayam. da lame tak buat sbb mood nk masak xbrape nk mai. ade 2 org penolong senang la skit. [ye la tu senang...haku jgk yg kene... ;( ]

Prepare ala kadar maka terjadi la menu yg dimaksudkn...
Selamat menjamu mata ;p







Zassssssssssssss!

Lagi2 makaroni bakar

Sebenarnye ni yg sy buat time takde keje sabtu minggu lepas. Tp mood nk update blog equal to zero, so...dipendamkn dl... peram lame2 biar entry ni beranak pinak dl.hihi

Pepagi sabtu tu, xde keje nk buat. keje perabis pizza mlm jumaat tu je la kejenye. gi mkn pizza, tp buleh mkn pizzanye sekeping jek, coz da kenyang. yg lain tapau dan masuk oven esoknye. mane xnye... segala jenis mknan diri ini nk oder ;p [nafsu!]

ok sambung blk citer. dah tu, teringat plk kt lyn yg da lame request makaroni bakar. erm...kalo wat makaroni bakar pon ok jgk ni, blh bw ke opis ahad tu. makaroni pon ade lg balance 1/2 pack. ok la cukup utk wat seloyang. trus kuarkn daging dn rebus daging tu hingga empuk.

Maka terjadi la makaroni bakar pd hr tu... tp time tu start buat keje da ptg da... kt cni nk tepek lg skali step by step nk wat bende alah ni, mane la tau kot2 ade yg nak wat... yg ni edisi bergambar plk.

1) Rebus daging hingga empuk, simpan air rebusan utk guna ms menumis.

2) Rebus makaroni hingga lembut, toskan.


3) 4-5 labu bwg besar, dipotong mayang.


4) Cincang bwg putih, bwg merah serta daging yg direbus td. Kalo ade bahan lain yg nak tambah, dialu-alukan. eg: isi ketam, bebola ayam, isi ayam etc... sy tambah isi ketam sbb tak ade stok dlm peti ais yg tu jek.

5) Potong daun sup+daun bwg, lada benggala [sy pilih warna merah sbb yg ni je yg ade dlm peti,hikhik]. blh jgk tambah lg lada besar merah kalo nk pedas.

6) Ok, potong-memotong = done! Goreng bwg besar yg dipotong td hingga keemasan [bukan hingga jd emas yek! komperm bwg xkan jd mas] jumlah bwg ni akan jd seciput je bile da goreng. pastu toskan.

7) Tumis bwg putih + bwg merah hingga naik bau. masukkan serbuk kari. sy guna serbuk kari daging alagapas. erm...dlm 4 sudu makan. biar naik aroma kari, tambah plk daging, isi ketam dan air rebusan daging. jgn lupa + garam...gula...

8) Masukkkan semua bahan2 yg ada - makaroni, bwg besar goreng, daun sup+bwg, lada. Goreng kejap dan tutup api. ok siap! jd la cam gini rupenye... yg ni sy lg suke mkn.hihi


9) Pastu sy isi bekas dan tunggu sejuk utk masuk peti ais. sbbnye... sy nak bakar keesokan harinye, biar panas2 bwk gi ofis.

10) Bgn esoknye, pecahkn telur 8 biji, gaul sebati dan bakar. kalo ade cheese blh la campur time ni, konperm lg best kalo + cheese, percayalah! Jgn lupa sapu mentega kt loyang yer.. bakar selama >< 1 jam. Pastu blh la potong dan nikmatinya bersama sos kegemaran. Sos kegemaran sy ialah cili sos maggi sbb sy malas nk wat sambal kicap.hikhik


Sekian. Amacam? ade brani mencubanye? selamat mencuba ye...



Wednesday, November 3, 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami

Peringatan khas buat diri sendiri yg sering alpa dan terlupa... dan juga buat sahabat2 yg dikasihi, sama2 lah kita renung-renungkan dan selamat beramal...

"Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..." leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikit pun merasa bersalah melayani suami mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan." Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis?"

Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah atau apa saja yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah disedekahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

Related Posts with Thumbnails