Tuesday, November 24, 2009

Happy 2nd anniversary


Meeting you was fate,
Becoming your friend was choice,
But....
Falling in LOVE with you was completely out of my control. (~_^)
I love you forever...

Hikhik...jiwang kejap.
Baru semalam rasanya 24/11/07.
Cepat sungguh masa berlalu.
Hari ni genap dua tahun kami menyulam benang2 cinta mahligai perkahwinan ini.

Happy 2nd anniversary to me n my hubby...
Semoga ikatan yg terbina sentiasa utuh selamanya.
Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan dan jodoh kami dunia & akhirat.

Thursday, November 19, 2009

Congratulations to Adeq In...

Tahniah Deq In sbb telah berjaya dapat 5A dlm UPSR.
Dah, selamat sorang lg mendapat 5A.
Mak kata adik call tadi nangis, panic jgk mula2 tu, ingat xdpt 5A.
Oh, rupanya adik nangis kerana terlalu gembira.
Gembira di atas nikmat yg Allah berikan.
Alhamdulillah ya Allah, hamba Mu bersyukur pada Mu di atas limpah nikmat dan kasih sayang dari Mu.
Tahniah jgk buat Mak dan Ayah,
yg sentiasa mendoakan kejayaan dan tidak jemu2 memberi semangat, dorongan dan sanggup berkorban apa saja utk kejayaan kami adik-beradik.

::: E-In, yg pakai bj purple, plg kanan :::
::: In photo: My beloved sibling excluding my oldest bro :::

Utk rekod, SKGD [skolah rendah kami adik-beradik = 6 org] + skolah mak dan her sibling also masa kecik2 dulu, tahun ni merekodkan seramai 25 org mendapat 5A dlm UPSR.
Tak mencapai target~~~ [target 41 org].
Anyway, congrats kt sumer cikgu2 SKGD. Takpe la x capai target pn, dah byk dah ni...
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan cikgu semua kerana tidak jemu2 mencurah bakti utk anak bangsa tercinta.
Jasa dan pengorbanan kalian, akan sentiasa dikenang sampai bila2.
Kami doakan agar cikgu semua memperoleh kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat serta dipjgkn umur olehNya.

Tahun depan, dah takde la adik2 di primary school. Sumer dah meningkat dewasa. Terasa diri ini semakin menelan usia. Hampir ke penghujungnya... Namun bersediakah diri ini??? [sedikit muhasabah diri]

Tuesday, November 17, 2009

Motivasi Diri

Entry kali ni khas utk diri sendiri dan juga teman2 yg sudi membacanya...
Untuk memberi motivasi kpd diri ini yg sering kali alpa...

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


ADAKAH AKU RASA KECEWA?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang2 yang beriman dengan memberikan syurga utk mereka; mereka berperang di jalan Allah, sebab itu mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yg sebenarnya dari Tuhan di dlm Taurat,Injil dan Quran. Siapakah yg lebih memenuhi janji selain Allah? Sbb itu, bergembiralah kamu terhadap perjanjian yg telah ada antara kamu dgn Tuhan. Dan itulah keberuntungan yg besar.
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Dulu, masa awal2 lepas anakku 'pergi' buat selamanya, selain kekuatan dari suami tercinta, ayat2 inilah menjadi sumber kekuatan dan memulihkn semangat yg hilang.
Related Posts with Thumbnails