Alhamdulillah... Kerja-kerja bertukang di blog dah hampir siap. Lama btl x update ape2 kt cni.
Sbnrnye bukan xnk tulis ape2, tp lepas template blog ni ditarik balik, so mood itu merudum. T_T Ditambah plk dgn kesihatan yg kurang baik, maka mood baik mmg amat sukar dicari. Pastu, tukar template lain, xreti plk nk pos new n3. Tunggu punye tunggu mood itu dtg utk kembali menceriakan blog ini. Jd skrg masih lg dlm proses pertukangan.[thanks to my hubby yg buat semua ni...wakaka]
Hr ni da 15 Ramadhan...da separuh da kita menjalani ibadat puasa di bulan mulia ini. Selamat menunaikan ibadat sebanyaknya di bulan penuh keberkatan ini.
Selamat hari ulangtahun kelahiran yg ke-26 buat abg tersayang...
Semoga Allah sentiasa murahkn rezeki yg halal dan panjangkn umur abg.
Terima kasih kerana sudi melengkapi hidup ayg.
Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan ketika diri ini lemah.
Terima kasih kerana sudi menjadi penghibur di kala hati ini gundah.
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dgn kerenah isteri mu ini,
Memang tak tersenarai jasa dan pengorbanan abg buat ayg....
Terima kasih atas segalanya.
Begitu pantas masa berlalu. Esok dah masuk 1 Rejab. Saya memperingati diri saya dan juga rakan2 agar kita sama2 dapat mempertingkatkan amal ibadat di bulan yg mulia ini.
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Sampai di sini dahulu.... Renung-renungkan dan selamat beramal (~_^)