Friday, July 31, 2009

Lunch for this weekend

Setelah sekian lama tak duk rumah tiap kali hr Jumaat, hr ni ade la masa sikit nk masak2 kt umah... yela..kalo x gi Kl, blk kg la jwbnyer, ziarah mak ayah, ade je keje hr Jumaat...sampai xde ms nk duk rumah.

Then? ape jd utk tghari td? Sy mmg da lame nk mkn ikan bakar...
So, masak la ikan bakar berempah, dlm daun pisang lg iteww~harum semerbak.
yumyum, I like this!


Pastu, utk kuah, biasa la en. hubby mmg mkn kne ada kuah. So I decided to cook this.
Asam pedas ikan patin masak tempoyak. ha...yg ni pon sodap!hehe~~~
serius...kalo nk sedap benda ni sng je, kne cukup masam dan pedasnye.


Hehe...pasti kwn2 kt luar sana dah kecur liur da ek?saja je, bg aura sikit kt semua. erm... tak seimbang plk kalo xde sayur, so I cook pucuk paku goreng + udang sbg hidangan utk part serat, baru seimbang, ye dak?


Ha...hidangan tak sah kalo xde bende ni kata en. hubby. Ape ye? cuba teka?
Ok2...tgk pic kt bwh ni, yg plg kanan tu adalah my hubby's favourite [BUDU la...ape lg]. Kalo xde, mkn pn rasa tak kenyang. Btl tak bang?hehe~~~(~_^)


Wah2...masak mcm duk 10 org kan? padahal duk berdua jek! nak buat mcmne...rasa nk mkn semua, jd masak la semua ni. Dan yg plg penting, xmembazir. [sbb asam pedas tu sempat hulur kt jiran 2 ketul] jd la kan?
tibe2 teringat lirik nasyid tu [sendu dan sendawa]...hidup berjiran, susah dan senang, suka duka, dirasa bersama....hehe, sambung la sendiri ye (~_^)


- Esok...family day UMT. nak gi ke tak ek? abg keje... join member2 pn orait kan?

Akhirnya...

Lastly...I have submit my thesis after the corrections done!
Last week, once again my hubby and I went to UPM to submit the thesis. Entahla...slalu je nk gi UPM ni. Bln ni dah masuk 2 kali ke sana. Cam ade tarikan tersendiri utk ke sana. Ya ya... tentu skali ada yg menarik kami ke sana. Kenangan kami bersama our 1st child mmg tersemat indah [walau pn sememangnya pahit] di memori ini. Tak dpt di delete. Dan kami semadikan kenangan itu di sana... di UPM itu.

Ok2, tak mo lg citer sedih ye.

Hehe (~_^) Peace!!!
Walaupn rasa sedikit sedih sbb xdpt konvo taun ni [kene tgu taun dpn jgk] sbb konvo taun ni sampai meeting senat bln 6 je...huhu

Okey... selamat tgl SGS UPM.

Tindakan:
- Buat surat u/p: unit rekod gso utk apply certificate n transcript awal (penting ni utk PhD enrolment). takpe la tak konvo pn kan? asal benda2 ni dpt awal ~ayat nk sedapkan hati~
- Buat hard cover utk last submit after the senat meeting
- Tunggu meeting senat UPM (plg awal pn bln 9 ni, huk!) utk dpt surat senat, certificate n transcript


Tuesday, July 21, 2009

Ragam anak sedara

Ni lah anak2 sedara ku yg dtg smlm. Mcm2 kerenah. Yg si kakak (hana) takut kucing. Siap menjerit ms mkn ns kukus kt ns kukus sempoi tu. Adus....sumer org pandang weiiii... ni die hana ms tgh mkn aiskrim kt umah sy.


Ni kakak ipar(kak fira ngn abg sy), duk pekena kopok lekor tok beng ngn float (sarsi hpa+aiskrim vanila hpa). Try la....best sgt. So xpyh la g A&W dah, jimat....jimat...


Yumyum! I like it~~~
Ni plk my hubby merangkap pengasuh utk time tu.
Cam ade bakat jek.hehehe

Anak-anak yg sedang membesar ni kan byk yg diorg nk explore. huhuhu....Sakit pinggang aunty tau. Apepun, I enjoy my public holiday yerterday. (^_~)

Mula2 hezry masuk dlm bakul kain sy.... Last2 tu, sorg lg g cari bakul lg 1. huk!

See.... Dua2 da wat bakul as buaian dan suruh I tukang buai...adeh2, sakit pinggangnye....hr ni pon masih terasa lg...




Monday, July 20, 2009

Cuti umum

Selain peristiwa isra' mikraj, hari ni jgk cuti umum bg negeri Tgnu, cuti pertabalan Sultan Terengganu [Agung kita la kan?kan?kan?]. Daulat Tuanku...(^_~)
Smlm dpt msg dr kak fira [kakak ipar], kata nk dtg umah, sambil2 survey kipas utk rumah baru diorg kt bandar KT. Then I call her back. Ding dong ding dong, ok set...Diorg jd dtg pg ni... skrg aunty Tie ni tgh tgu la kehadiran anak2 buah kesayangan ku iteww... Hana & Hezry. Mane neh, xsmpai2 lg...
Disebabkan keboringan yg amat, sbb sumer keje dah beres, so sy merajinkan diri utk mengupdate blog ini. alahai...cuti2 cam ni kan best kalo blk umah mak. rindunye.... [padahal br je blk weekend lepas, hehe]
Nak citer sikit pasal insan yg kt dlm gmbr kt atas ni. Ni la 2 insan yg tak pernah kenal erti penat, lelah, jemu, letih, muak dsn dlm mendidik kami adik-beradik.
Kete kt blkg tu plk, cube tgk no plat nye... "5658" right?
Hehe...ade makna tu... [bukan no ekor ye, tlg jgn buat andaian negatif!]
56 tu merujuk kepada tahun kelahiran Ayah - 1956
58 plk merujuk kepada tahun kelahiran Mak - 1958
So...bile di combinekan, jd la 5658. oh, so sweet!
[maksudnye kalo sy nk bli kete nanti adakah kene ambik no plat 84 or 8484?]
Dikau lah insan yg teristimewa...Mak dan Ayah, I miss U so much!

adeh...mane ni....dah 2 entri ni utk hr ni, tp blom sampai2 lg diorg ni. Ngantuk la plk rsnyer. ok la, sampai bersua kembali!

Lima pengajaran utama peristiwa Isra' Mikraj

Hari ni 27 Rejab 1430H, satu peristiwa besar yg berlaku dlm Islam...Tentu sahabat2 semua tahu ape sejarah di sebalik tarikh ini kan?
Jom kita renung satu artikel yg sy petik khas buat sahabat semua.

Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solat


KINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru, wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia alam.

Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.

Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud;

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)

Sehubungan dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Antaranya ialah;

  • Wajib beriman dengan perkara ghaib

    Peristiwa Isra' Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam. Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya.

  • Perintah wajib mengerjakan sembahyang � Ibadah sembahyang yang difardukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan.

  • Wajib percaya dengan hari Kiamat

    Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Isra' dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.

  • Wajib percaya dengan azab Tuhan

    Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa.

    Dari sudut lain, gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan.

  • Wajib percaya dengan qada' dan qadar

    Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Siti Khadijah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Isra' dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.

    Ada pelbagai lagi iktibar yang boleh diperoleh oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.

    Sumber: Berita Harian (200709) -Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.
  • Thursday, July 16, 2009

    Pesta Konvo

    Lama xupdate blog. hihi...maklumla tgh siapkan corrections thesis. Skrg ni br je lepas print, yg kt bwh2 tu, sbb nk bg xberlipat2, da siap daa....


    Alhamdulillah...nah, ni die yg duk pulun lepas viva lastweek. hehe... 1 nk hntr GSO, 1 lg nk hntr claim kt KPT (^_~). Cam nk dpt duit ni kan, kak niza pn cam tau2 je la kan...Itu die! DUA sutera crepe dihangkut...huhu...pokai. sape lg kalo bkn kak niza yg menggoda. Lyn tukang tambah jgk.adus, xblh jd ni... maafkan sy mak, sy janji, ni bukan utk tempahan raya, ok?

    ok back to da topic, 2 hr lepas kitorg g pesta konvo. Sj jln2, g tgk ape yg ade. tgk ni, I found this!
    [kuda laut]
    and this!
    [obor-obor]
    Sempat jgk la rasa obor-obor yg kaya dgn kolegen yg baik utk kesihatan ni. hehe... Sy makan tau! yumyum, cam nata de coco je rasa. ahaks!
    Pastu jln2 lg...ni pic sy ngn Lyn.

    Masa time ni, kitorg tgh saksikan satu drama bersiri, so posing la kejap. Nak tau drama ape? nah, saksikan...

    [watak utama: kak fadhilah, kak niza I dan kak niza II. Pelakon undangan: abby](^_~)
    Kisah berkisar perjuangan bg menurukan harga toys. hehe....

    Picture kt bwh ni mesti kwn2 tertanya2 siapakah orgnye...Entahla, cube zoom utk knal pasti baju siapakah itu.
    Hint: yg amat tidak menggemari durian [tp die la yg plg dekat ngn raja buah tu kan] dan yg tinggi lampai
    Nak bli durian ke? haaa....btul la tuuuuu.... tgk tu, die borong ape?
    Abby: "I nak yg ni selonggok! Tolong bukak terus kt bhgn bwh die ye..."
    Ok la...Sekian terima kasih!

    Saturday, July 11, 2009

    Perjalanan semasa proses Viva voce examimation

    FASA 2: (UPDATED) Warning! - N3 ni agak panjang, jd...maaf awal2 kalo sesape yg kesuntukan masa, baik xpyh baca.
    Masih blm terlambat rasanya utk meng'update'kan fasa viva sy lastweek. Kami bertolak dr kuala trgnu jam 8 pg. Singgah jap beli kopok lekor yg dikirim kak dell n mak engku(tuan umah sewa ms kt Serdang), kt mane lg kalo bukan kopok lekor Bukit Tok Beng [skali lg diri ku mempromote neh, sedappppp!!!] Fuh, kul 8 a.m. dah beratur panjang. Abis baju sy bau asap api. hukhuk! x suke... [org depan sy siap oder rm150 lg, jenuh menunggu]
    Then, perjalanan di teruskn. My hubby nk singgh puspakom plk, tgk lori yg nk test pg tu. Lepas tgk lori, trus bgerak. Sampai kt Rusila, kitorg singgah sarapan.
    Perjalanan masih jauh lg ni...dlm kul 9 lebih baru bertolak. Drive bgilir2, sape ngantuk, dibenarkan utk tidak memandu.ngehngeh~~ Sampai Kl around 4 p.m. trus singgah mines, pekena mee sizzling dulu kejap [sbb ms tghari tu masing2 masih full]. Sambil usha2 cermin mate utk mengatasi kerabunan sy ini. Tp xbli pon, name pn 'usha'. hehe... Sempat bli ni utk mkn mlm. Weee...
    Jam dah dkt kul 6 p.m. masuk area UPM, g hntr pesanan kopok2 dulu, sempat cubit pipi faris(anak kak dell) jap, trus tringat kt my baby(sebaya), sbb kalo die masih 'ade', mmg duedate lebih kurang jela...huhu...
    Pastu kitorg trus check in kt guest house UPM. Selesai uruskn sume tuntutan, kitorg rehat2. Mlm tu xkuar mane2 pn sbb nk get ready utk esok nk viva neh!
    Sy sempat tido dl after solat jama' maghrib+isya' sbb dh trlalu penat. Manakala My hubby, duk layan tv kt ruang tamu.
    Bgn2 da kul 11 lebih. So borak2 jap, tgk blk slideshow utk esoknye. edit2 lg ape yg patut, last touch-up!
    My hubby da nk tido manakala sy dh start segar kembali. Ermm...iron baju la siap2 agar esok terasa > tng. Nk di jadikn citer, ms tgh iron bj tu, my hubby siap silang kaki cam bos plk ms tido. aduh abg ku sayang... Slalu mcm ni, tp bile ckp xnk pecaya. So I decided to take a pic to prove it. Bile bukak je camera, kaki di turunkan balik, ceh, cam tau2 jek!
    Sambng blk la iron baju. Masa tgh test tudung lepas iron, sy agak trsentap dgn jeritan "TAKBIRRRRRR!" from my hubby, sambil tgn tergenggam dan angkat ke atas. Aduhai syg ngigau lg. Kau buat ku tersenyum sendiri~~~
    Ok, then sy angkat laptop ltk atas katil. Baru nk belek2 fotocopy slides, sy trsentap utk ke-2 kalinya. "AYANG BOLEHHHHH!!" huhu...betol2 terharu. Thanks bang, walaupn dalam tido masih lg tak jemu memberi kata2 semangat utk isterimu ini. Sy tido agak lewat utk btol2 get ready, esok nk berjuang ni, takoooottttt.
    Bangun pg 7/7/09 agak awal. kul 5 a.m. lg da bgn. Mata da xrasa nk tido, berdebar2. My hubby sempat pesan, perbanyakkan 3-Qul serta selawat utk atasi debaran. kul 6.30 a.m, wish birthday to my beloved mum, see...anakanda mu ini akan berjuang dihari lahir mu, mak... ringkas je sms saya utk mak kali ni [hadiah dah bg awal2 lg takut mak xsmpt jahit utk raya] "Selamat hari lahir mak, semoga dpanjangkan umur serta sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Doakan Ti berjaya viva pg ni deh". Tit Tit, mak reply "InsyaAllah Ti akn berjaya. Timakasih atas segalanya. Untuk apa harijadi...anak2 semua dah pegi....". Huhu....don't be like dis mum, jgn sedih2 ye...Ti blk weekend nanti. Mak sdikit emosinal kot sbb anak2 sumer dah abis cuti, da kne g blaja blk. jd...tgl ber3 je kt umah. tgl deq in yg bongsu tu je kt umah. Cian mak.Muah!
    My hubby tny nak mkn aper, die nk kuar g beli memandangkn viva sy start 9.30 a.m. kne ade kt GSO 1/2 jam awal. Jd, masih terlalu awal kalo nk g trus, so tapau je dl. Tp...tekak sy da xlalu nk mkn ape2. Suh My hubby amek roti je kt dlm kete. Die kuar bli ns goreng tuk die n kopi radix utk kami.. Btol2 xde selera, air pn minum steguk je.. B4 bertolak ke GSO, sempat solat hajat jap, mntk dipermudahkn sgala urusan. Berserah hy pd Nya...apa2 result pn, I have done my very best[sehabis daya]. kini, ku serah segala pd Mu Ya Rabbi.
    Sesampainye GSO, skali lg diuji. kete ku cam bg hint jek...nk rosak. Bile my hubby bukak, tgk byk minyk auto kuar. menggelabah jgk...tp hubby kata xde pape. walau pn sy blh nampk mukanya agak risau [tp die xnak menambahkn kerisauan sy] -thanks my dear!
    Die suh trus masuk bilik viva dan die bwk kete gi workshop. Sempat call my hubby tny knape ngn kete? ringkas je jwpnnye-"xde ape, wayar myk auto bocor, nk tukar lain dn xde pape. jgn risau. n good luck dear! all da best, bykkan selawat".Aduh...sedikit cuak nih.
    Bilik Viva 2 @ GSO UPM, kul 9 sy dah bwk my lappy masuk. sambung siap2 ngn LCD n get ready. Sbnrnye sy dah di inform n external exeminer tak hadir, hantar report jek, sbb dr UMS. Alhamdulillah...lega sikit rasa. Dkt 9.30 a.m. my internal examiners dtg ngn chairman (Prof Malik) smpai... ngn sv sy skali. Sy ngn sv disuruh keluar dulu, diorg ader short meeting. kul 10, sy dipanggil masuk. sy diberi 20 minit utk present. 20 minit?mak ai...mane cukup! but I'll try. Ms present sy dapati diri sy agak tenang, alhamdulillah... dah siap present, chairman ckp, awk ambik ms kami, present 30 minit, huhu...lebih 10 minit tu. xper la kn? pastu start la Q & A session. Sgala hujah yg disampai perlu dipertahankn. Sgala komen2 dicatat. Lega rasa, xbyk sgt soalan. Diorg byk sentuh pasal format la, suh ubah sikit2. biasala tu dak? pastu sy skali lg di suruh keluar bilik. Kali ni diorg nk discuss result ape nk bg. trus mendapatkn hubby yg tgh menunggu kt lobby GSO.
    (muke lega selepas dah slesai present, walaupn blm dpt result, tgh menunggu ni)
    Dlm 15 mnt diorg panggl blk. Masuk blk, diorg suh join makan dulu, sy xde selera nk mkn, amek air jek. Dgn tenang, ku off kn lappy n bersedia menunggu keputusan. Apapn yg ku bakal terima, ku bersyukur pada mu Ya Allah. Chairman annnounced that 'I have passed my viva with minor modifications!' Alhamdulillah ya Allah... masa tu lega sgt2 rasa. Now, tgl wat corrections n then submit blk to GSO right? Rasa trus nk keluar dapatkn hubby kt luar, tp...sabar....byk lg diorg nk borak2 ngn sy. tny pasal perkembgn skrg n bla bla bla... tak dpt nk recoved blk sbb jasad je kt situ, fikiran dah melayang duk kt hubby yg setia menunggu kt luar.
    Kuar blk, trus tersenyum lebar...dan mula rasa lapar...hehe
    tanya pd kak Zu, what are the next stage? Da dpt breafing dr die, trus kuar dgn hati berbunga2...
    Mula2, gi bank in RM200 yuran bergraduat kt CIMB utk isi form GS17,hntr salinan kt bursar. Pastu makan kt Parkview dkt admin UPM.
    Pastu bertolak ke UiTM Shah Alam, nk g tmpt adik sy, nk tlg cashkn cek pendahuluan ptptn die n amik dokumen utk apply JPA. adui...as the oldest sister, I've a big responsibility to my younger siblings. Nasib baik my hubby dah tgk peta kt internet [maklumlah, xreti nk gune GPRS], perjalanan amik ms xsmpai 30 mnt. Trus bw kak cik keluar kampus, g CIMBbank utk dptkn duit pendahuluan ptptn [cimbbank di sek2 s.alam ni sgt lembab! dkt 2 jam tngu...merah dah mata...letih + ngntuk. Ya Allah, tak sabar ku ingin bersujud syukur ke pada mu...huhu, hati ini amat merinduiMu ya Rabbi. Tp, memandangkan ms xmengizinkan, settle kn hal kak cik dl. Dkt kul 5, hntk kak cik ke kolej. ternampak surau, trus solat jama' kt ctu. Alhamdulillah...Akhirnya ku dpt lepaskn rindu pdNya...Ku bersujud syukur kepadaNya.
    Lepas tu, kitorg btolak blk. My hubby nk lalu jln Kl, xnak ikut jln td. Ikut suke la... Tp jem teruk la, org br blk keje time tu..dah la nyaris2 kehabisan minyk, nasib baik x kne tolak, kalo x...malu~~~
    Trus g bangi, my hubby nk bli present utk viva sy yg dah lulus. Tp b4 tu, g brothers jap, kdai eksesori kete kt bangi, hasilnya...

    melekat jgk pd satu benda utk di ganti baru, hehe....cari la sendiri ek!(~_^)
    Then, kitog g mkn mlm kt Cempaka Rimba, one of my fov restoran ms time2 duk serdang dl (kt dlm pkns bangi). Pastu my hubby blikn long t-shirt for my present, thanks dear!
    Kitorg pn blk la dan sempat singgah dpn jabatan jap update blog pd n3 ni: Syukur Alhamdullilah...
    Esoknye...naik lab kt jabatan jap, jumpe kawan2 lame b4 btolak blk. Sempat abadikan memori kt guest house UPM with my new t-Shirt.hehe...
    Perjalanan blk ambik ms lebih kurang 6 jam... Syukur ku pada Mu Ya Rabbi...
    It's worth! After almost 3 years suffer. Now, I'm really satisfied. Thanks to all!

    Kek pisang

    Di pagi Sabtu yg kesorgn ni, saya rasa cam nk wat sesuatu lah. Masak? tak kot. coz tghari ni ade undangn kenduri, da only one guy in my ofis is getting married. [Tahniah Zek!] So xpyh masak tuk tghari, gi mkn percuma.haha...
    Erm...ape kata bake a cake? ok jgk tu. Lg pn ptg smlm, mak(mentua) bg pisang mas. Kalo pisang lain, kami suke mkn cam tu je, tp kalo pisang mas ni...rasa cam terlalu manis jika dimkn trus. [for me la] Wat jemput2 ok gak kan?
    So I decided to bake a banana cake. Lepas je abg turun g keje, saya start operasi. Mula2 nk lipat kain + vacum rumah + iron baju. Tp pikir, kalo nk wat cake, better wat adunan dulu. Sambil2 baking, blh la wat keje2 lain as usual. [hasil drpd pembelajaran pengoptimuman~minimumkan input dan sedaya mungkin maksimumkan output] = penjimatan masa utk para surirumah.
    Jd bermula la keje2 saya...kek pisang ni sng je kan?. Dlm sejam, dah siap dah. TaaNaaa...

    Ni lah hasilnye. hehe (^_~)
    [to my opismate: wait2 ya, kalo blm abis nanti saya bawa ke sane]

    Ni yg dah siap utk di test. yumyum!
    Saya dgn bermurah hatinye nk share resepi kt kawan2 di luar sane.
    1) 3 bj telur + 3/4 cwn gula[kurangkn kalo xmo manis sgt] - blend
    2) 3/4 cwn myk - campur bile bhn 1 dah sebati, blend lg [please use the low cholesterol one ok! for me, natural blend (sunflower oil) is enough. But, if u have the olive oil is better]
    3) 2+1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu teh soda + 1+1/2 sudu teh baking pwdr + secubit garam - ayak
    4) 6 bj pisang mas- lenyek pakai garfu

    - bile dah ayak bhn (3), masukkan bhn yg di blend serta pisang lenyek, gaul sebati
    - sambil2 tu panaskn oven
    - isi dlm loyang n masukkan dlm oven (I use 180drjh C selama 45mnt)

    Selamat mencuba!

    update: pos n3 yg menyebabkan sy xmasak tghari ni, g mkn percuma. Mr zek @ zakaria @ pokya kawen. ni picnyer:

    Zek ni my opismate. Die jgk penah duk kosass dulu. my hubby knal la, same2 geng 'pakat' - persatuan anak2 tgnu.


    Friday, July 10, 2009

    TAG dr kak Fadhilah

    NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA
    Family panggil tie or kak tie. Ms skolh rendh kwn2 pgl izzati, cam tu jgk ms form1-3. Tp bile masuk form4&5, kwn2 pgl A-T(amik 2 huruf dari ejaan izzati). Pastu ms awal2 form 4 tu kan kene ingt jadual kimia tu etana, metana, butana bla bla bla...sumenye ade na na na, so kwn2 pgl saya atiana. Jd dua2 la org pgl, At or atiana. [mane2 je la ye my friends] huhu~~~ bile masuk Uni, kwn2 pgl etty... Tp bile dah keje ni, suasana baru ckit, so kwn2 pgl izzati/zati. It's better right? ader la maksud ckit dak? Doa tu.hehe


    ANDA SEORANG YANG:
    I'm what U see. Ape yg kwn2 lihat saya, itulah saya. Tak cerewet sgt pn. byk cakap? tak sgt kot. tp bile dah knal rapat, tahan telinga je la.hihi~~~


    INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA ISTIMEWA DI MATA ANDA
    My hubby la of course. Describe? OOOpS!!!! Lebih sudah...LaLaLa~~~


    LAGU-LAGU KESUKAAN ANDA
    Tak suke pd spesifik lagu. Mane2 pn layan je. Yg ptg, tak menyakitkan telinga. Tp kalo xdgr lagu tu, lagi rasa tenang.


    MAKANAN KESUKAAN ANDA
    Oww... So many. nk senaraikan ke? Erm.... makanan yg mak saya masak sbnrnye. Padahal memasak dah jd tugas harian, tp masakan mak still the 1st one ok! Plg suke, tentunye keropok lekor. Skrg dah jumpe tempat yg sgt best, kopok lekor BTB2209, dkt je ngn umah, yumyum. [tolong bg free kt sy ye, saya dah tlg promote nih]. Suke sgt soto, ns kerabu, ns lemak sambal sotong, makroni bakar...mcm2 lg...sumer kene yg mak masak, kalo x, tak brape suke.


    WARNA KESUKAAN ANDA
    Biru lembut. Suke sgt tgk warna ni. tp warna2 lain yg agak minat - hijau n pink

    SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS
    Sikap tergesa2.. be cool ok! tp xde la sampai stress kot.hehe

    TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA
    1. Hs
    2. Duit
    3. Pen


    KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA
    Erm...seingat saya...masa lepas dah lulus viva exam. sbbnyer...rindu kt my baby.huhu..tibe2 je masa tu


    TAG 6 RAKAN ANDA

    1. Kak Marsha

    2. Mustika

    3. Abe Din

    4.Aziz

    5.Nik

    6.Adeq@hafiza

    Monday, July 6, 2009

    Syukur Alhamdulillah...

    Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...

    Alhamdulillah, akhirnya... Today, I already passed my viva voce examination for my master of research with minor corrections. Fuh!!! Lega sgt2 rasa. Thanks to all of you. My Hubby, parents, lecturers, friends and All of you, Thanks a lot for your moral support without which I couldn't be as today.
    Ok la, nanti saya update balik ye. Dah nk balik bilik ni. Dr pagi kuar....tak blk2 lg. Mata pn dah terlalu pedih ni. Till then!

    Friday, July 3, 2009

    Suami prihatin

    Mrs Moderator keboringan skrg ni. Nak kuar jln2 ptg ni, tp hubby saya blm siap lg keje dia. Saya dah sedikit reda dari stress sbb keje saya utk hari ni dah siap. Cepat la bang...nak kuar g jalan2 amek angin ni. Mkn sotong celup tepung kt tepi pantai pon best jgk..huhu...cepat la sikit~~~
    Cuba kawan2 teka En hubby tgh buat ape skrg ni?
    Ape? Tak tau?
    Hehe....Ni nk bg tau ni...


    Haaa...ni la keje die....

    Kejenye tgh menukar minyak silinder (myk itam la org panggil) for my baby!
    takde keje, cari keje...suke2!
    Aduii...tauke balak pn blh bankrup nih, tiap bln tukar myk itam, padahal jarak rumah ke ke UMT hanyalah 7/8 km jek.hehe...takpe, "masuk akaun".
    Ni jgk adlh respond drpd kerap ulang-alik ke UPM. Thanks My Dear!

    P/s: Kepada sape2 yg nk tukar myk hitam utk kete anda, dtg la umah kami, tp kene la beli myk hitam tu siap2 dan bwk ke sini.hahaha~~~En Hubby mesti marah ni, tlg promote die punye service (^_~)

    Semoga kau tenang di Sana

    Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani...

    Di pagi Jumaat ni, tiba2 hati ini terasa sayu dan teringatkn sesuatu. Hari ni dah masuk 3 July. Ini bererti...dah genap 7 bulan anak ummi pergi meninggalkan ummi dah abah.
    I still remember your movement in my womb at that night... Ummi masih ingt saat dikau bergerak manja ketika ummi berbual melalui phone dgn abah. Sebelum ummi terlena buat seketika.
    Di malam itu...Malam itu yg memberikan ku satu igauan ngeri. Satu tamparan yg cukup hebat. Satu pengalaman yg tidak mungkin dpt ku lupakan. Yg btl2 menguji kesabaran dan keimanan ku... Mlm 2 Dec'08, ummi melahirkan mu, setelah 6 bln ummi kandungkn mu.
    Dlm keadaan terpaksa, ummi terpaksa lepaskan mu pergi nak.
    Bukan ummi mahupn abah tak sayangkan mu, tp Dia yg Maha Penyayang, lebih menyayangi mu.
    InsyaAllah...andai ade kelapangan semasa ummi ke UPM, akan ummi kunjungi pusara mu nak. Amat sukar utk ummi melupakan mu. 7 month is not enough for me to let it go from my memory. Kau sentiasa dekat di hati ummi nak.Dikau masih suci dan bersih dr sebarang dosa. Nantikan ummi di Sana ye nak. Bersamadilah duhai anakku Muhammad di Sana dgn aman...Amiin...

    Wednesday, July 1, 2009

    Kepala yg kepeningan

    Saat ini kepala Mrs moderator ni sungguh pening. Berdenyut2 rasa... Dah nk blk umah pn, tp rs cam nk update blog kt opis la dulu kejap. Akibat dari beberapa hal yg perlu di settle kan, maka mulalah diri ini menjadi tak senang duduk. Resah gelisah pn ada. Sedikit excited pn ade. Ya Allah... permudahkanlah segala urusan ku dalam menuntut ilmu Mu Ya Rabbi, Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.
    Dalam minggu ni, bermacam2 berita yg ku terima yg membuatkan hati ini sedikit tersentap. Yg plg membuatku risau ttg hal menyambung pengajian, waduh! sedikit tersentap rasanye~~~
    Selagi diri ini masih diberi keizinan utk bernafas di bumi Mu Ya Allah, akan ku terus berusaha utk menuntut ilmu Mu. Jd permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat wahai Yg Maha Pengasih. Amiin...
    Related Posts with Thumbnails